Sejarah

Nama awallogo

Pada awalnya nama MSM tidak begitu menonjol berbanding dengan nama dalam bahasa Inggerisnya yakni Islamic Representative Council (IRC) walaupun kedua-duanya adalah nama asal MSM. Cuma setelah secara rasminya didaftarkan pada tahun 1991, barulah nama Majlis Syura Muslimun di ketengahkan kembali mengambil tempat gelaran IRC.

Sejarah idea penubuhan

Ramai yang tidak mengetahui dan malah ramai lagi yang keliru bagaimana sebenarnya sejarah penubuhan MSM. Pelbagai cerita lisan kita dengar dari pelbagai pihak sehinggakan banyak cerita tersebut yang telah ditokok tambah atau di salah sampaikan atau silap difahami sehingga memberikan kesan negatif kepada diri MSM. Namun begitu, yang pastinya, MSM sendirilah yang paling layak menukilkan sejarahnya berpandukan fakta, pengkhabaran sumber sahih terawal, yakni para penubuh awal MSM, dan juga buku serta majalah-majalah yang ada.

MSM adalah antara Jamaah Islam yang terdapat di bumi United Kingdom. Ditubuhkan pada tahun 1975. Namun begitu, usaha dan idea penubuhannya adalah lebih awal dari itu yakni pada musim bunga 1972 dimana para pelajar yang didedahkan kepada 4 fikrah utama bertemu untuk berbincang dan duduk semeja bagi membentuk satu tanzim (organisasi) yang lebih tersusun dalam kerangka menyatukan peribadi pelajar Malaysia di UK dan Eire yang mahukan Islam yang bertebaran di pelusuk UK pada masa tersebut.

Pertemuan pertama

Pertemuan kali pertama adalah suatu pertemuan yang tidak disangka-sangka membuahkan satu pengalaman yang manis lagi tidak dapat dilupakan. Dalam pada mereka yang mendapat fikrah dari pelbagai pelusuk dunia, seperti ada di antara mereka mendapat tarbiyah dari sahabat dari pakistan dan ada yang mendapat fikrah dari sahabat di Indonesia dan ada yang mendapatkannya dari sahabat dari Timur Tengah. Namun, perbezaan kedudukan geografi ini tidak menjadi penghalang kepada kesamaan fikrah perjuangan masing-masing. Ini yang menjadi satu perkara yang menakjubkan. Setelah perbincangan demi perbincangan di adakan, mereka mendapati kesamaan yang ketara di dalam fikrah masing-masing. Persamaan ini di antaranya seperti di dalam kerja-kerja dakwah, dalam pada memahami manhaj (sistem) dan wasilah (jalan) menegakkan Islam di muka bumi serta dalam kaedah dan method mencapai matlamat dan tujuan. Masing-masing berasakan ikatan ukhuwah yang amat tinggi setelah menyedari kesamaan fikrah ini walaupun pada hakikatnya di pisahkan oleh benua dan daerah. Ini menjadi bukti bahawa penelitian dalil yang dilakukan oleh Imam-imam mereka amat hampir seperti yang di maksudkan dan yang telah di susuri oleh baginda Rasullulah saw yang membawakan fikrah alamiyah (global) dan tidak bersempadan.

Pertemuan kedua

Setelah pertemuan pertama dengan jayanya dilangsungkan, pertemuan kedua di atur dan tanggal bulan Jun pada tahun 1975, di perhimpunan musim panas FOSIS (Federation of Islamic Societies), 6 orang ahli syura telah dilantik bagi membentuk Majlis Syura tertinggi pertubuhan ini. Maka, dari situlah gerakan dakwah MSM secara teratur bermula.

Logo dan Nasyid MSM

Video MSM

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930