Alhamdulillah, pada 29 November 2009 yang lepas, MSM Manchester telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton (ikhwah) bertempat di Mosside Leisure Centre. Bertemakan ‘Mari Bermain Badminton’, seramai 38 peserta telah mengambil bahagian bagi merebut piala kejohanan.
Selain beriadah menjaga kesihatan tubuh badan, kejohanan kali ini juga telah merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta yang datang dari pelbagai universiti di sekitar Manchester, Keele dan Lancaster.
Berikut adalah keputusan Kejohanan Badminton anjuran MSM Manchester bagi tahun 2009:
Kategori ‘Cup’:
Johan: Nik & Syed Ahmad
Naib Johan: Shahrin & Mursyid
Kategori ‘Plate’:
Johan: Idzehan & Khalis
Naib Johan: Dzul & Budiman
Kategori ‘Bowl’ (Johan sahaja):
Johan: Afiq & Fattah
Semoga usaha kerdil ini diberkati dan dirahmati Allah Taala














December 7th, 2009 at 11:59 pm
alfun mabruk..bila lagi nak ajak soton ke bertanding?
~qawiyul jism~
December 22nd, 2009 at 5:22 am
bila nak buat 3 on 3 basketball msm oi