Categorized | Aktiviti, Artikel Pilihan, Cerpen

Agas-agas Terbaik

Posted on 27 August 2009 by srkad

Dipetik dari www.msmnorthwest.wordpress.com

Summer Camp UK 2009

pemandangan summer di UK

pemandangan summer di UK

Untuk kali ni, saya suka untuk bercerita tentang Summer Camp UK 2009. Walaupun sudah tiga tahun saya di UK, hanya tahun ini, Allah bagi peluang untuk bersama-sama sisters semua untuk memenuhi salah satu daripada 10 muwasofat muslim iaitu sihat tubuh badan. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Satu perasaan yang tidak dapat diucapkan.

Selepas sehari balik dari umrah, berehat di Leeds. Kami terus packing barang untuk ke Summer Camp. Tiket pun beli pagi sebelum bertolak. Apa yang pasti semangat berkobar-kobar untuk ke sana walaupun sudah lewat dua hari dari hari program bermula. Sejam sebelum bertolak, Kauthar dan Nawwar pulang dari summer camp. Mereka perlu pulang awal untuk persiapan ke umrah untuk group kedua. Dan kami bakal mengantikan tempat mereka.

Oleh kerana tempat camp agak terpencil, Nawwar dah tunjukkan peta untuk masuk ke tempat perkhemahan. Terbit juga perasaan risau di dalam hati kami andainya tersesat jalan. Sampainya kami di dentinasi, Allah pertemukan dengan sisters birmingham. Mereka pun terpaksa pulang awal. Sedihnya sebab tak dapat bersama-sama mereka bersummer camp.

Tapi, insyaAllah, perancangan Allah itu cantik. Dan kami  juga meminta sisters birmingham untuk melukis peta ke tempat perkhemahan sisters. Mereka telah terlebih dahulu memberi ‘warning’ kepada kami kepada lembu-lembu dan agas!

Kami menaiki teksi dan sampai di main entrance. Sekali lagi Allah tolong! Kami melihat kelibat orang yang memakai tudung dari kejauhan menuju ke arah kami. Kami yakin itu mungkin sisters kami! Yup,dari jauh, kami sudah melambai kepada mereka. Kami  kemudian bersama turun ke tempat perkhemahan dan terpaksa melalui lembu-lembu yang meragut rumput.

Daripada cerita sisters itu, dah ada beberapa orang yang hampir dikejar oleh lembu. Huhu. Tapi, memanglah sangat logik kenapa lembu itu akan kejar. Sebab kami yang menganggu kasawan mereka. Tapi, akhirnya kami sampai dengan selamatnya, Dan sampainya kami di tempat camping, kami disambut dengan ‘warmly’ oleh semua sisters. Bahagianya perasaan ini.

 

bakal merindui suasana ini. masa yg terluang digunakan sepenuhnya..

War Games

Tema summer camp ialah menyelusuri sirah maghazi (kisah-kisah perang). Alhamdulillah, berpeluang mendengar kisah-kisah perang dan merasai perasaan berperang. Kami berpeluang untuk merasai perasaan sahabat-sahabat ketika berperang melalui war game. Perasaan takut, ingin menang, resah,gelisah. Semuanya bercampur-baur.

Takut terbunuh dengan belon air!! Ya Allah, kenapa sahabat-sahabat tak takut pun dengan pedang dan serangan pemanah? Sedangkan aku… takut dengan peluru air. Perasaan ingin syahid itu berkobar-kobar tapi adakah cukup kuat jika aku betul-betul di medan perang??

Matikan aku dalam syahid, ya Allah. Biarlah,langkahku dan impianku hanya untuk syahid.Semoga segala amal dan perbuatan untuk mendapatkan redhaMu,Ya Allah

Pengajaran yang kami dapat ialah tentang pergantungan kita kepada Allah dalam setiap hal. Bagaimana niat kita terlalu senang berubah. kadang-kadang, kita lawan sebab nak menang, bukan sebab buat kerana Allah atau nak tegakkan agama. Atau jika dah menang, kita merasakan itu adalah kerana usaha kita dan membawa kepada ria’.

Tapi, salah satu semangat keakhawatan yang dapat dirasai ialah jika menang pun xpe, jika kalah pun tak berdendam. Malah, pada salah satu game, salah satu pihak dah kehabisan peluru. Pihak satu lagi dengan refleksnya menawarkan peluru mereka supaya sama rata. Best kan..^_^.

Satu lagi peristiwa yang kelakar, bila AJK nak mulakan satu lagi siri war game, dua-dua pihak lawan cakap “kami takkan lawan dah tapi kami bergabung tenaga lawan AJK pulak”..hehe…bess!

Serangan agas!

Ini merupakan satu lagi cabaran di summer camp. Agas akan muncul dengan sangat banyaknya apabila tiba waktu malam. Dan,serangan paling hebat ialah ketika kami ingin solat maghrib dan isyak. MasyaAllah, ibarat mereka jugak turut bertasbih kepada Allah, tunduk dan sujud padaNya Yang Satu.

Bestnya perasaan dapat solat berbumbungkan langit dan bintang-bintang bertaburan dan berlantaikan rumput. Hanya dapat kat Summer Camp!.

Di sepanjang program itu pun, semua peserta summer camp dah macam ninja turtle dah nampaknya. Sebab nak menaham serangan agas ke seluruh badan. Gigitan agas boleh menyebabkan badan dan muka berbintik merah dan bengkak. Jika yang ada kulit yang sensitive, lagi teruk terkena kesannya.

Semburan insect repellent sedikit sebanyak membantu tapi tutup muka macam pakai niqab juga yang paling berkesan.^_^.

Apa yang paling penting, perasaan ukhuwwah itu yang paling terasa. Banyak aktiviti fizikal yang kami lakukan. Pengalaman memasak dengan penunu bunsen dan survive dengan barang makanan yang dah sediakan oleh AJK. Sangat menyeronokkan.

Adik-adik yang masih belum berpeluang ke summer camp. Jangan lepaskan peluang  jika berkesempatan untuk pergi. Yang pasti,tidak akan mengecewakan.

duduk beriman sejenak sambil bermesra dgn alam

Apa yang pasti,berjalanlah dan lihatlah kebesaran Allah di sekeliling kita.

Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda)kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal(iaitu) orang yang mengingati Allah  sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring

dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata): “Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,peliharalah kami dari api neraka(Surah Ali-Imran,190-191)

Wallahu’alam.

Nectarbee

3 Comments For This Post

  1. sudin Says:

    Teringat pade team Agas semase di summer camp ireland…

  2. kawan yop Says:

    bertemu danberjumpa kerana Allah memang seronok !

  3. nadiah Says:

    subhanallah..subhanallah, alhamdulillah.rindu suasana itu.Summer camp yg paling best setkt ini..hehe.tk dpt kulupakan pengalaman kena kejar lembu, serangan agas yg sgt dahsyat ke ats diriku dan kasutku yg berbau hancing dek dikencing oleh kucing…hehe.

Leave a Reply

Video MSM

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930