Categorized | Artikel Pilihan

Apabila Akal Memainkan Peranannya

Posted on 08 July 2010 by admin

Dipetik dari http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Akal merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Al-Quran menyatakan bahawa antara penyesalan ahli neraka ialah, tidak menggunakan akal dengan sewajarnya. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar atau berfikir (menggunakan akal), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka.” (Al-Mulk:10)

Contoh orang yang menggunakan akal dengan betul dan menatijahkan keputusan yang mendatangkan keuntungan dunia akhirat ialah Ummu Dzar al-Ghifari sebagaimana diriwayatkan oleh Abu as-Sobah al-Kufiy dengan sanadnya. Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila mahu tersenyum akan berkata kepada Abu Dzar, wahai Abu Dzar, ceritakan kepadaku kisah permulaan kamu memeluk Islam?

Abu Dzar pun bercerita: kami mempunyai satu berhala yang dinamakan Nahm. Suatu hari, saya menuangkan susu ke atasnya dan saya tinggalkannya seketika. Apabila kembali semula, saya dapati seekor anjing sedang meminum susu yang saya tuangkan ke atas berhala itu. Setelah itu ia mengangkat kakinya lalu kencing di atasnya. Maka saya pun berkata:

Aduhai, wahai Nahm! Sesungguhnya telah nyata kepadaku
Betapa jauhnya kemuliaan menjadikanmu sebagai sembahan
Aku melihat seekor anjing mencemarimu, menghilangkan seri wajahmu
Namun hari ini kelebihanmu tidak mampu menghalang tindakan seekor anjing!

Kata-kataku itu didengari oleh isteriku Ummu Dzar. Lalu dengan perasaan takut dimurkai tuhan kerana telah menghinanya, dia berkata:

Sesungguhnya engkau telah mendatangkan satu jenayah
Dan engkau telah ditimpa sesuatu yang besar padahnya kerana menghina Nahm!

Saya menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya telah berlaku. Maka Ummu Dzar pun berkata:

Aduhai… maka carilah untuk kita Tuhan Yang Mulia
Yang Pemurah, penuh kemuliaan wahai Ibn Wahb
Maka tidaklah wajar sesuatu yang dicemari oleh sesekor anjing
Sedang kedua tangannya tidak dapat menghalang, menjadi Tuhan bagi kita
Maka tiada yang menyembah batu kecuali orang sesat
Diberikan akal, tetapi tidak berfikir!

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Benar Ummu Dzar. Tiada penyembah batu kecuali orang yang sesat.”

Leave a Reply

Video MSM

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930