Joe : So are you spending holiday with your family back in malaysia?

Me : Owh, nope ill going to perform hajj in makkah..and visit the resting place of our prophet Muhammad

Joe : hurm..so you are going around the black box

Me : Black box? Owh you mean the kaabah..yes will be perfoming tawaf there..

Joe : there will be a large crowd there be careful mate! Come back in pieces!

Me : With god will…

Itu lah sedutan perkongsian saya bersama2 rakan opis mengenai trip haji pada november-disember lepas.. byk lagi perbualan2 menarik bersama2 mereka..semoga catatan hijrah ini memberikan sesuatu kepada yg membaca..

pemandangan kaabah dari tingkat atas

pemandangan kaabah dari tingkat atas

Haji ialah salah satu rukun islam yg wajib bagi umat islam yang mempunyai kemampuan..

” Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (Ali-Imran : 97) “

memang kita dengar byk cerita mengenai pengalaman sewaktu menunaikan Haji..dan setiap org Allah uji dengan berbagai cubaan dan Allah perlihatkan kekuasaan NYA kepada hambanya yg DIA kehendaki…

Masjidun Nabawi

Masjidun Nabawi

setelah tiba kira jam 1.30 pagi selepas lebih kurang 8 jam penerbangan di tempat penginapan, kami bergegas ke masjidun nabawi.walaupun jam hendak menunjukkan pukul 3 pagi tapi dilihat ramai orang  telah pun bergegas menuju ke masjid untuk qiyamulail..sukar nak dpat pemandangan ini di mesjid2 di tempat kita..walaupun agak letih akan tetapi masing2 tak sabar hendak pergi ke masjid nabi..ketika ini terdetik di hati betapa besarnya kurnian tuhan yg memberikan nikmat dan peluang bagi hambaNya meskipun hambaNYA sering ingkar dan lupa akan nikmatNYA..

teh tarik istimewa pakcik tahir

teh tarik istimewa pakcik tahir

salah satu nikmat yg Allah berikan sewaktu di sana ialah nikmat ukhuwah di antara kami…sarapan itu nampak je ringkas( teh tarik, roti prancis dan gulai kambing - ringkas ke??)  tapi sewaktu inilah kita saling kenal mengenali, berkongsi pengalaman dan juga berbincang mengenai pelbagai isu..walaupun dari pelbagai peringkat usia, profesion dan tempat( merata UK ) akan tetapi ta’aruf selama 3 minggu di tanah suci itulah nikmat ukhuwah yg Allah berikan kepada kami..semoga tautan hati dan ukhuwah kami berkekalan amin..

” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. ( Al Hujurat : 10) “

di depan masjid QUBA'

di depan masjid QUBA’

khusyuk mendengar taklimat or tangkap gambar

khusyuk mendengar taklimat or tangkap gambar

mendaki jabal uhud

mendaki jabal uhud

pada hari kedua kalau tak silap saya, kami mengadakan lawatan di sekitar madinah. Masjid Quba’ , Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Khandaq,Baqi’ dan macam2 lagi warisan sirah yg menarik.

Saban hari kita boleh melihat manusia tidak putus beribadat di dalam mesjid dan juga di luar mesjid..tempat bernama Raudhah menjadi tumpuan.tidak2 putus berdoa dari pagi hingga kpetang..dari malam hingga siang..tatkala berjalan melalui makam Rasulullah ( disunat kan  memberi salam) terdetik rasa di hati adakah di akhirat kelak aku menjadi salah seorg pengikut mu…mudahan ALLAH  memberikan ku kekuatan dan ketetapan iman..amin…

Pada hari jumaat 28 dec, berangkat lah kami ke kota suci Makkah dengan ihram..perjalanan yg memakan masa 5-6 jam dengan menaiki bas menguji kesabaran kami..seringkali di tanya pemandu bas tapi dengan senyum dia menjawab sabar,sabar, sikit lagi sampai la (translate bahasa arab)..sedangkan yg menaniki bas  pun tidak boleh duduk diam inikan pulak jikalau kita soroti sirah nabi berhijrah dr mekkah ka madinah..hanya berjalan kaki/menunggang unta dalam cauca yang panas diatas padang pasir…. nyata memang hebat jiwa2 yg mantap AQIDAH nya dan thabat dalam perjuangan dakwah ini..

…..bersambung……