Alhamdulillah, pihak Misi Kasih Palestin anjuran MSM Sheffield telah membuka ‘booth’ jualan barang-barang Palestin semasa berlangsungnya ‘Sheffield Games’. ‘Booth’ MKP dibuka pada pukul 9 pagi dan tutup pada pukul 6 petang. Pelbagai barangan telah dijual seperti ‘merchandise’ Palestin, ‘muffins’ Misi Kasih Palestine, halal ‘marshmellow’ dan produk HPA selain daripada aktiviti utama iaitu kutipan tabung Misi Kasih Palestin.
Sambutan daripada para pengunjung adalah amat menggalakkan. Peluang ini juga telah digunakan untuk mempromosi MKP dan MSM serta memberi kesedaran tentang isu Palestin sebagai isu sejagat dan sokongan bersama. Selain itu pihak kami juga sempat bermuaiyasyah dengan pelanggan dan berkongsi maklumat tentang isu Palestin ini dan perihal Tarbiyyah MSM.
Jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat termasuklah yang berpenat lelah membakar ‘muffin’ dan membuat ‘marshmellow’, yang menjaga ‘booth’, melayan pengunjung, mengangkat barang dan lain-lain.
Semoga Allah melipatkan ganjaran pahala kita semua.
Sekian, wassalam.
Laporan disediakan oleh Pengarah Projek MKP















