Dipetik dari www.msmsheffield.wordpress.com
bbbbb
Alhamdulillah, pihak akhawat MSM Sheffield telah menyertai dan membuka ‘booth’ jualan juadah makanan yang beraneka jenis di Program ‘Sheffield Games’ anjuran SMSA yang berlangsung pada 27/2/2010 bersamaan hari Sabtu. Antara jualan utama adalah jenis kuih-muih sehinggalah juadah nasi ayam.
Jualan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Pelanggan terdiri daripada para pemain, warga Melayu tempatan dan luar kawasan.
Semangat dan ukhuwwah yang diberikan amatlah terpuji, kerana bukan untung dan rugi sebagai kiraannya tetapi lebih mengharapkan rasa kebersamaan di dalam melaksanakan amal.
*****
bbbbb
Selain itu pihak usrah Sheff (akhawat) di bawah pimpinan Ukht Fauziah Toha juga berjaya membuka ‘booth’ berasingan selang dua meja dari meja akhawat MSM Sheffield dengan melibatkan semua ahli usrahnya dengan menjual beraneka jenis masakan Melayu yang jarang-jarang sekali boleh diperolehi di bumi UK ini.
Alhamdulillah, juadah makanan mendapat sambutan.
Semoga ukhuwwah dapat dijalinkan sesama ahli dan semoga Allah Taala menambatkan hati-hati kita semua untuk terus istiqamah beramal diatas jalannya.
Sekian.














