Assalamualaikum wbt,
Pihak Media MSM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Makcik Noor Zaitun Yahaya sekeluarga di atas pencapaian akademik yang sangat membanggakan. MC Noor Zaitun merupakan seorang pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dan telah dipilih sebagai penerima “The Queen Anniversary Awards” apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.
Sesungguhnya pencapaian ini menjadi qudwah buat kita semua khasnya ahli-ahli MSM UK & Eire. Setinggi-tinggi tahniah sekali lagi diucapkan.
Sila lihat URL di bawah (muka hadapan akhbar Berita Harian, 5 Februari 2010).
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20100205010930/Article/index_html
Maktab Media MSM













February 5th, 2010 at 8:38 pm
Alfun Mabruk makcik =)
Mungkin makcik tak kenal saya, tapi saya ammar bin roslizar..anak nabilah baharuddin..huhu
sekarang saya belajar di southampton, inshaAllah teringin nak ziarah makcik sefamili di leeds
February 10th, 2010 at 11:27 am
just curious.. I read somewhere that the prize is for the whole institution and not for individual.. Here are the link to the original news/story:
http://www.its.leeds.ac.uk/queensprize
http://www.royalanniversarytrust.org.uk/index.php?article_id=7
February 12th, 2010 at 1:22 am
Mohd S,
That was what Puan Zaiton explained to us in her talk just now. The prize was for the whole group and not just for herself.
April 2nd, 2010 at 12:30 pm
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Terima kasih atas segala ucapan yang diberi. Seperti saya maklum kepada semua award adalah kepada ITS, Univ of Leeds.
Dokumen 17 mukasurat ucapan penghargaan dan terima kasih yang kepada Kerajaan Malaysia telah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Syura Muslimum serta persatuan lain sebagai yang telah menyumbang kepada kejayaan pemilihan saya mewakili pelajar PhD (dari 40 org PhD) ini sekali gus dimaklumkan dalam rekod Arkib Negara sebagai penuntut Malaysia pertama bertemu dengan Baginda Ratu Elizabeth II.
Sila buka blog ini utk perkongsian majlis tersebut;
http://www.youtube.com/watch?v=g_i7YAQJNIs&feature=player_embedded
dan blog saya utk beberapa maklumat lain http://teratakampangkk.blogspot.com/.
Saya akan memberi ceramah di beberapa tempat di UK dalam tajuk akademik dan kecemerlangan. Sebarang kemusykilan sila hubungi terus kepada saya, tsnzy@yahoo.co.uk
Wassalam
Hjh Noor Zaitun Yahaya
April 14th, 2010 at 4:48 am
Tanhiah Kak Nor..
April 25th, 2010 at 8:53 am
tahniah pn hjh noor zaitun !