Categorized | Pengumuman, Terbaru

Soal Selidik - Jom Isi Untuk Penambahbaikan MSM UK & Eire

Posted on 03 February 2010 by admin

Assalamualaikum wbt

Sila ke url berikut:

http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dFlsTmdJU21Vc25EZlg1ODNEZ3lFM3c6MA

Soal Selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada anda sebagai pelajar Malaysia di UK dan Ireland yang mengenali MSM sebagai sebuah organisasi di UK dan Ireland. Matlamat utamanya ialah untuk mendapatkan maklumbalas persepsi semasa masyarakat Malaysia di UK dan Ireland mengenai MSM. Maklumbalas ini akan digunakan sebagai salah satu daripada input untuk memperbaiki dan memperkemas struktur organisasi dan gerak kerja MSM di peringkat nasional mahupon lokaliti. Kualiti dan ketepatan maklumat yang diberikan banyak bergantung kepada anda. Oleh itu, diharapkan anda dapat meluangkan masa yang mencukupi untuk memahami soalan-soalan tersebut serta paling penting keikhlasan diri anda untuk membantu MSM membaiki ‘diri’ dari semasa ke semasa.

Kerjasama anda amat dihargai khususnya untuk membantu kejayaan perlaksanaan perancangan strategik MSM.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda. Jazakumullahu khayran katheera.

Maktab Media MSM

2 Comments For This Post

  1. nsdoi Says:

    MSM sudah x relevan kat UK ni.

  2. admin Says:

    Assalamualaikum wrt.

    Terima kasih saudara kerana sudi melawat laman web MSM dan memberikan komen. MSM sentiasa mahukan pembaikan berterusan sepertimana dalam AlQuran ”Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah” (Hud:88)

    Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri, memohon saudara untuk memperincikan maksud komen saudara kepada saya secara peribadi (email: abdazim81@yahoo.com) atau kepada mana-mana ahli MSM di Glasgow yang saudara kenali.

    Jazakumullah khairan
    saudara anda
    Abdul Azim Ismail
    Ameer
    Majlis Syura Muslimun

Leave a Reply

Video MSM

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930