Categorized | Pengumuman, Tarbiyyah, Terbaru

Ariff Dalam Kenangan

Posted on 15 December 2009 by admin

ariff13

Allahyarham Mohd Ariff bin Abdul Kadir

11 Dec 2009, Perlis – Seperti yang kita semua telah maklum dan sepertimana yang telah terpampang di dada-dada akhbar tempatan, akh Mohd Ariff Abd Kadir, 23, ikhwah kita yang pernah menuntut dan mengembangkan dakwah di bumi Nottingham, UK, telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, menyahut panggilan Ilahi. Di sini saya senaraikan link-link berita tentang kemalangan beliau seusai majlis akad nikah yang berlangung di rumah isteri beliau, ukht Teh Afifah Abdul Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Setar. Ibu bapa serta rakan beliau yang terlibat di dalam kemalangan tersebut juga turut meninggal dunia.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20091212062835/Article/index_html

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm

ariff1

Saya sertakan juga beberapa gambar-gambar kemalangan dan pengebumian beliau. Sama-sama kita doakan semoga beliau, ibu bapa serta rakan beliau ditempatkan di kalangan kekasih Allah Taala.

ariff2

ariff3

ariff4

ariff5

ariff8

ariff6

ariff7

ariff9

ariff101

“Berita yang benar2 menyedihkan. ..  Ariff merupakan housemate ana sebelum pulang ke Malaysia..  semoga Allah mengampuni dosa2 beliau dan familynya dan menempatkan mereka ke dalam syurgaNya…”

“Semoga beroleh ganjaran syahid.”

“Astaghfirullah. Innalillah wainna ilaihi raji’un.Ana benar-benar tersentap dengan berita ni….   Semoga ruh sahabat ana ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga ini menjadi peringatan buat ana yang sering leka dibuai masalah dunia…”

“Ana kenal ikhwah ni, Ex-Notts..last contact dier time summer aritu..tak sangka dia pergi dulu..semoga roh nya dicucuri rahmat…”

“Arif anak usrah ana dulu merupakan seorang akh yg taat dan sentiasa cuba memperbaiki diri, pengalaman berukhuwah dgn Arif sgt manis. Ana terasa spt kehilangan adik  kandung sendiri semoga Allah memperkenankan segala amal beliau, memasukkan beliau kedalam golongan org soleh dan merahmatinya.”

“Ana sangat sayang pada akhi Arif… begitu cepat dia bertemu dengan Allah… rasa bagai semalam bertemu dengannya…”

“…perginya seorang ikhwah yang telah mebuktikan cintanya pada Allah dan kerja dakwah ini…”

“…sangat-sangat terkejut dengan berita ini. Baru je berjumpa dengan Ariff sebulan lebih lepas dalam sebuah prog di malaysia. Tak sangka die lebih awal dipanggil oleh-Nya.. tazkirah besar untuk kita semua…”

“Perginya akh ini pada Penghulu hari iaitu hari Jumaat dan dalam perjalanan melaksanakan salah satu sunnah Nabi saw iaitu mendirikan masjid. Pastinya  permergian ini dirahmati dan diiringi para malaikat seumpama Hanzalah sahabat Rasul saw yang pergi ke medan jihad. Walau tidak menegnali akh ini tetapi tetap terasa kehilangan kerana ukhuwwah fillah.”

“Innalillahhi wa inna ilaihi raji’un. Walaupun tidak mengenali akh Arif, namun terasa bahang kesedihannya.”

“Innalillah.. terkedu ana baca email ni.. tak sangka Arif team jaulah borneo 2008. Masya Allah.. Bila2 je kita semua boleh balik kpd Dia. Tak  kira dah kahwin atau belum.”

“Sayunya dengar berita nie…insyaAllah, arwah pulang dlm keadaan yg sgt mulia. bagaimana pula keadaan kita nnt ya?”

“Terkejut juga kami mendengar berita ini. Baru tadi melihat Berita Jam 8 di rumah. Keadaan kereta memang hancur setelah kemalangan. Masih juga ana teringat bersama Allahyarham ketika Daurah di Glasgow Summer baru2 ini.”

“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un… Semoga Allah s.w.t. mengampuni dan merahmati mereka… Amin”

“Inalillah wa inna ilaihi raajiuun. Entah berapa kali ana menangis pemergian akh Ariff.. mudahan Allah mengampuni dosa2nya.. dan menempatkannya di kalangan orng2 yg soleh.”

“Innalillah wainnailaihi rajiun… ana mendapat berita sedih juga tadi pagi daripada akh Fathi. Almarhum Arif juga adalah bekas anak usrah ana di Markfield. Insyaallah roh beliau bersama ayah dan ibunya dalam lingkungan para syuhada dan solihin.”

“Ya Allah, terkilannya ana..sewaktu mula2 mendapat berita ini, mmg ana sedang berfikir2 nak bagi hadiah apa…x sangka di dah lama readykan dulu untuk ikhwah2 yang lain…”

“Akhi Ariff sempat bersms dgn ana dan zaujah sebelum pernikahan pada pukul 9:38am pagi kemudian sekali lagi selepas selesai akad nikah pukul 12:18pm melahirkan rasa gembira sudah beristeri dgn sekali lafaz. sms yg terakhir kami terima adalah pada pukul 12:22pm. Ana macam tak percaya bila dapat berita kematian akhi Ariff. Tak smp sejam pun kami bersms dgn die. Buat seketika ana seperti meletakkan harapan yg die masih ada tp setelah berulang2 kali mendapat panggilan drpd beberapa ikhwah dan rakan2 yg lain baru laa ana dpt memujuk diri yg akh Ariff sudah tidak ada lagi bersama kita.”

“kad jemputan yang dihantar seolah2 menjemput semua org dtg utk mendoakan jenazahnya.”

“semoga arwah dikurniakan syurga oleh Allah swt.  sama2 lah kita doakan utk arwah Ariff, ibu bapa dan rakannya.”

1 Comments For This Post

  1. kakak ariff Says:

    saya merupakan kakak angkat ariff..
    sudah setahun lebih sy lost contact dengan arwah..
    saya masih terbayang2 gelagat ariff di rumah..suara arif masih terngiang - ngiang di telinga saya..
    saya masih lagi menangisi pemergian ariff..

    semoga roh beliah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman

Leave a Reply

Video MSM

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930