PENGENALAN
Salam Ukhuwwah,
Pihak Majlis Syura Muslimun (MSM) Sheffield telah melancarkan satu misi amal yang diberi nama Misi Kasih Palestin (MKP). Misi ini terbahagi kepada 2 aktiviti utama iaitu melancarkan Program Tabung Palestin dan keduanya misi menghantar delegasi ke kem pelarian Palestin di Lubnan.
Tabung Palestin
Objektif utama kami melancarkan Tabung Palestin ini ialah untuk membantu:-
- meringankan keperitan hidup rakyat Palestin yang menghadapi tekanan hidup disebabkan kekejaman dan kezaliman Zionist atas dasar hak kemanusiaan yang selama ini diketepikan.
- Pendidikan anak-anak Palestin.
Misi ini akan memberi fokus kepada rakyat Palestin yang tinggal di Kem Pelarian di Lubnan yang kini di diami oleh 360,000 pelarian berdaftar.
Sekiranya kutipan derma melebihi GBP 10,000, bantuan dalam bentuk sebuah ambulans akan diberikan.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke:-
Name : A R B Mohmad
Bank : HSBC UK
Sort Code : 404131
Account Number : 41535366
Reference : MKP2010
Delegasi ke Kem Pelarian Palestin
Objektif utama misi ini ialah untuk menyampaikan secara terus bantuan kepada rakyat Palestin melalui pihak berkuasa di sana. Selain itu, misi ini juga bertujuan untuk memberi ‘first hand experience’, pendedahan serta tarbiyyah (pendidikan) kepada wakil delegasi. Seterusnya, pengalaman yang diperoleh ini akan dikongsi bersama masyarakat Malaysia dan muslim di UK.
Misi ini akan diketuai oleh saudara Yusuf Johari yang merupakan pelajar Masters di University of Sheffield. Beliau mempunyai pengalaman ke kem pelarian Palestin sebanyak 3 kali. Beliau juga pernah tinggal di Syria dan telah mengunjungi banyak negara di Timur Tengah.
Delegasi kami akan bertolak ke sana kira-kira pada bulan September 2010. Kos perjalanan delegasi tidak akan menggunakan wang Tabung Palestin.
Semoga Allah memberkati sumbangan dan usaha kita.
“Wahai orang-orang yang beriman!, Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kau dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (As-Saff 10-11)
Ketua Projek,
Abdul Rahman Mohmad
Sheffield, United Kingdom
Abdul Rahman Mohmad
Sheffield, United Kingdom












