Assalamualaikum wbt,
Pihak Media MSM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Makcik Noor Zaitun Yahaya sekeluarga di atas pencapaian akademik yang sangat membanggakan. MC Noor Zaitun merupakan seorang pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dan telah dipilih sebagai penerima “The Queen Anniversary Awards” apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.
Sesungguhnya pencapaian ini menjadi qudwah buat kita semua khasnya ahli-ahli MSM UK & Eire. Setinggi-tinggi tahniah sekali lagi diucapkan.
Sila lihat URL di bawah (muka hadapan akhbar Berita Harian, 5 Februari 2010).
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20100205010930/Article/index_html
Maktab Media MSM












