Archive | January, 2010

Sumbangan Warga Sheffield Kepada Anak-anak Yatim Darul Falah, Terengganu

Posted on 28 January 2010 by admin

Alhamdulillah. .. pada awal bulan Januari 2010, sumbangan dari sahabat-sahabat melayu Sheffield telah selamat di sampaikan kepada anak-anak yatim di Darul Falah, Kuala Terengganu. Wakil MSM yang hadir ialah saudari Azimah, Ustaz Yusof dan saudari Fadzlin di iringi oleh ibu, emak saudara dan nenek saudari Fadzlin. Kami disambut meriah oleh anak-anak yatim disana dan juga warden yg bertugas ketika itu. Sumbangan terdiri drp barangan carboot… buku-buku bacaan dalam bahasa inggeris dan juga board games. Kelihatan anak-anak muda di sana teruja dengan board games yg diberi dan tidak sabar-sabar untuk menggunakannya.

Terima kasih kepada semua warga Sheffield yang telah menyumbang…

Moga usaha kecil ini akan membantu dalam memperbanyakkan sedeqah jariah kita dan menjadi pemberat timbangan kita di akhirat kelak.

Di harap sumbangan seperti ini dapat diteruskan di tahun ini dan tahun-tahun yg akan mendatang… .

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam buat tatapan bersama…

Comments (0)

Palestinians in Gaza Donate to Haiti

Posted on 28 January 2010 by admin

Source: www.mabonline.net

It might be one of the world’s poorest areas, besieged by its neighbour Israel, but Palestinians living in the Gaza Strip have been donating what little they have to help those struck by the earthquake in Haiti.

Among the donations collected by a Red Cross representative: toys, toiletries and sweets – small luxuries that Gazans know only too well can brighten spirits in the face of devastation. Some also gave money.

Dr Jamal Khudari, from the Palestinian Committee against the Siege said: “It’s a symbolic donation for the people of Haiti, for the children of Haiti, to tell them that we feel the suffering.”

There are ruins in the Gaza Strip reminiscent of the scenes in Haiti. These were not caused by a natural disaster, but by bombs and shells in Israel’s deadly assault on Gaza, which drew to a close a year ago. Israel blamed attacks by militants for sparking the offensive.

The reason for the destruction might be different, but Palestinians say they understand Haiti’s pain.

euronews.net

Comments (1)

Tinggalan Sejarah

Posted on 26 January 2010 by admin

Dipetik dari www.zaadut-taqwa.blogspot.com

Surat berusia lebih kurang 10 kurun ditemui oleh seorang pengkaji yang juga seorang ahli sejarah Perancis. Surat itu ditulis oleh seorang pesakit berbangsa Perancis yang sedang mendapat rawatan di hospital Islam Cordoba, dikirim kepada ayahnya di Paris. Ia menceritakan perkembangan kesihatannya dan keadaan hospital Islam tempat dia menerima rawatan.

Berikut adalah terjemahan surat tersebut…

Ayahandaku yang dikasihi,

Sesungguhnya engkau telah nyatakan di dalam suratmu yang baru ku terima bahawa engkau akan menghantar duit untuk membantu kos rawatanku di sini. Sebenarnya aku tidak memerlukan duit sama sekali kerana rawatan di Hospital Islam di sini adalah PERCUMA.

Di samping itu, pengurusan hospital juga memberikan kupon berjumlah lima dinar kepada setiap pesakit yang hampir sembuh. Kupon itu boleh ditunaikan ketika mereka hendak meninggalkan hospital. Tujuannya adalah supaya mereka tidak perlu bersusah payah bekerja selepas keluar saja dari hospital, sebaliknya mereka boleh berehat untuk beberapa hari yang perlu.

Ayahandaku yang dikasihi,

Sekiranya engkau mempunyai kelapangan untuk datang menziarahiku, engkau dapat jumpa aku berada di wad pembedahan dan rawatan sendi. Ketika engkau memasuki pintu utama, terus membelok ke ruang selatan, di situ akan bertemu bahagian kecemasan dan pusat pemeriksaan pesakit, kemudian barulah bahagian rawatan sendi. Di sebelah bilik saya terdapat sebuah perpustakaan, bilik ulangkaji dan dewan kuliah. Setiap hari para doctor berkumpul di dewan itu untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh professor-professor.

Bahagian pesakit wanita pula terletak di blok berasingan dalam kawasan hospital ini. Kaum kelaki tidak dibenarkan memasukinya.

Di sebelah kanan dewan utama terdapat satu ruang besar yang dikhususkan kepada pesakit yang hampir sembuh supaya mereka dapat berehat dan menenangkan fikiran beberapa hari sebelum betul-betul layak keluar dari hospital. Di ruang itu terdapat perpustakaan khusus dan beberapa jenis alat musik.

Ayahandaku yang dikasihi,

Sesungguhnya setiap sudut, setiap ruang dan setiap tempat di hospital ini sungguh bersih. Tilam dan bantal pesakit disarungi kain Damsyiq putih. Selimut pula dibuat daripada sejenis kain yang lembut dan gebu. Setiap bilik di hospital dibekali dengan air bersih yang dialirkan terus melalui paip yang bersambung dengan besar. Setiap bilik juga ada pemanas untuk kegunaan musim sejuk.

Adapun makanan yang disediakan adalah daging ayam dan sayur-sayuran. Sampai ada setengah pesakit yang rasa tidak mahu meninggalkan hospital kerana terlalu gemarkan makanannya yang lazat.

(Itulah sebahagian daripada sejarah kita di kala Islam difahami dan dihayati sepenuhnya. Kini Islam memanggil kita semua untuk bangkit mengembalikan kegemilangan itu.
Ayuh! Jangan bertangguh, bergaduh, tuduh menuduh!)

Comments (0)

Alhamdulillah yang dengan NikmatNya Sempurnalah Segala Kebaikan

Posted on 25 January 2010 by admin

Dipetik dari www.abuamru1208.blogspot.com


Perutusan daripada Dr Mohd Bade’ Mursyidul Am IM

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,

Salamullah Alaikum warahmatuhu wabarakatuhu..
Ini adalah perutusan pertama, saya tujukan kepada kalian setelah kalian curahkan thiqah kepada saya. Kalian telah menjadikan saya orang yang paling berat menanggung bebanan. Sekalipun Saidina Abu Bakar menyatakan secara tawadhu’, saya nyatakannya dengan sebenarnya: ‘Saya telah dilantik mengetuai kalian, namun saya bukan orang yang terbaik di kalangan kalian, taatlah kepadaku selama aku taat kepada Allah.”.. Kita amat perlu bergantung dengan doa, semoga keberkatannya mengandungi dua kebaikan yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw: “Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu doakan untuk mereka dan mereka pula mendoakan untuk kamu.”

Syura, institusi dan thiqah ialah tempat di mana jiwa ikhwah dan akhawat diuji. Syura di sisi kita adalah satu surah daripada surah-surah al-Quran. Ia merupakan satu fardhu dalam Islam dan akhlak amat diperlukan untuk melaksanakannya di semua peringkat dengan menggunapakai instrument terkini bagi menentukan pemilihan berjalan dengan lancar.

Kalian telah menyaksikan contoh yang telah ditunjukkan oleh Mursyid ke tujuh Ustaz Mohd Mehdi Akeef. Beliau telah merealisasikan pendirian berdasarkan kefahaman ini, dan menafikan segala pembohongan ke atas Jamaah yang maha berkat ini. Kita tidak pernah menjawab persoalan yang mengatakan bahawa IM menuntut dilaksanakan demokrasi untuk diadakan pemilihan; bila mereka dapat kuasa maka mereka tidak akan berundur dan ini bukti mereka tidak ikhlas dalam tuntutan tersebut. Kita tidak menulis untuk menjawab sangkaan jahat itu kerana ‘kita adalah kaum yang bekerja’. Pendirian yang diambil itu besar ertinya. Ia telah menghapuskan segala kebatilan dan persepsi jahat berniat untuk menggugat kerukunan Jamaah. Alhamdulillah dengan adanya rukun thiqah pada qiadah, yakin dengan janji Allah, yakin dengan pemeliharaan Allah, yakin dengan kesejahteraan manhaj serta perlaksanaannya, maka Allah telah memelihara kita daripada fitnah sehingga kita dapat merawat kesilapan yang berlaku sebagai penyempurnaan kepada kekurangan dalam suasana yang diliputi oleh kasih sayang. Dalam hal ini kita tidak bertemu dengan ikhwah yang menyakiti ikhwah yang lain dan ta’asub demi kepentingan diri atau hawa nafsunya.

Perkara terpenting ini telah kalian saksikan ianya terlaksana di kalangan qiadah Jamaah yang berkat ini, maka adalah menjadi kemestian juga untuk dilaksanakan di peringkat bawahan. Maka musyawarah (syura) mesti terlaksana juga di dalam usrah-usrah kerana memberi pandangan adalah salah satu rukun untuk pembinaan peribadi muslim yang merdeka dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Memiliki kebebasan untuk memberi pandangan adalah kemestian kerana ialah salah satu objektif terpenting IM. Pembebasan tanahair tidak berlaku melainkan setelah berlakunya kemerdekaan insan.. Marilah kita mulakan dengan diri kita dahulu. Ayuh kita laksanakan musyawarah di semua peringkat kerana ia memerlukan latihan serta kesabaran untuk mendengar pendapat orang lain. Nasihat itu asas ad-Din dan ia sepatutnya terlaksana di peringkat pimpinan terlebih dahulu.

Ayuh kita sama-sama perbaharui tekad untuk melatih qiadah menanggung bebanan supaya yang terlantik nanti adalah mereka yang berwibawa dan berkelayakan; bermula daripada sof pertama, kemudian diikuti oleh sof kedua dan seterusnya. Sebagai persediaan ia adalah tiga barisan pelapis untuk qiadah. Sesungguhnya mempersiapkan kanak-kanak mumayyiz dengan hukum syara’ khusus membolehkan dia dijadikan imam dalam solat, sekalipun dia belum mukallaf. Ini menunjukkan bahawa mempersiapkan kepimpinan dengan ibadat merupakan objektif yang mesti diletakkan dalam perlaksanaan. Berkata Imam Al-Banna rahimahullah: “Jadilah kalian hamba yang tekun beribadat sebelum dilantik sebagai ketua, nescaya ibadat kamu itu akan menjadikan kamu pemimpin yang terbaik”, kerana di sana ada pendapat mengatakan bahawa kestabilan tidak tercapai melainkan dengan kejumudan dan menolak perubahan sedangkan badan yang sihat ialah badan yang darahnya mengalir dengan baik dan sel-selnya sentiasa berkembang. Bila aliran darah dalam badan terhenti dan sel-sel tidak lagi aktif badan tidak stabil dan ia adalah penyakit yang boleh membawa maut, na’uzubillah.

Inilah Jamaah kalian, dengan kurniaan Allah ia keluar dari fitnah yang melanda dengan lebih sihat dan kuat. Ia akan maju ke depan dengan penuh keazaman di jalan yang sama, di atas asas thawabit (tetap) dan nilai-nilai yang telah ditanam pertamakalinya oleh pengasasnya Imam Syahid Hasan Al-Banna rahimahullah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, lalu dituruti pula oleh pemimpin yang mursyid selepasnya. Berbekalkan kesabaran anggota-anggotanhya, Jamaah IM terus segar bergerak maju, berkorban apa sahaja yang dimiliki untuk dakwah ini kekal tinggi dan mulia demi menyebarkan kebaikan ke seluruh pelusuk Negara. Firman Allah: “Dan bagi Allahlah kemuliaan itu, bagi RasulNya dan bagi orang-orang beriman” (Surah Al-Munafiqun: ayat kelapan)

Allah Maha Besar berhadapan segala kesukaran.. Alhamdulillah di atas segala hal dan setiap keadaan… Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Comments (0)

A Little Angel

Posted on 25 January 2010 by admin

Dipetik dari www.msmnorthwest.wordpress.com

Every Friday afternoon, after the Jumma services at the Central Mosque (and shortly after Al-Usrah program), the Imam and his eleven year old son would go out into their town and hand out “PATH TO PARADISE” and other Islamic literature.

This particular and fortunate Friday afternoon, as the time came for the Imam and his son to go to the streets with their booklets, it was very cold outside, as well as pouring rain.

The boy bundled up in his warmest and driest clothes and said, ‘OK, dad, I’m ready!’

His ‘Mu’allim’ dad asked, ‘Ready for what?’

‘Dad, it’s time we gather our tracts together and go out.’

Dad responds, ‘Son, it’s very cold outside and it’s pouring rain.’

The boy gives his dad a surprised look, asking, ‘But Dad, aren’t people still going to Hell, even though it’s raining?’

Dad answers, ‘Son, I am not going out in this weather.’

Despondently, the boy asks, ‘Dad, can I go? Please?’

His father hesitated for a moment then said, ‘Son, you can go. Here are the booklets. Be careful son.’

‘Thanks, Dad!’

And with that, he was off and out into the rain. This eleven year old boy walked the streets of the town going door to door and handing everybody he met in the street a pamphlet or a booklet.

After two hours of walking in the rain, he was soaking, bone-chilled wet and down to his VERY LAST BOOKLET. He stopped on a corner and looked for someone to hand a booklet to, but the streets were totally deserted.

Then he turned toward the first home he saw and started up the sidewalk to the front door and rang the door bell. He rang the bell, but nobody answered..

He rang it again and again, but still no one answered. He waited but still no answer.

Finally, this eleven year old da’wah-expert turned to leave, but something stopped him.

Again, he turned to the door and rang the bell and knocked loudly on the door with his fist. He waited, something holding him there on the front porch!

He rang again and this time the door slowly opened.

Standing in the doorway was a very sad-looking elderly lady. She softly asked, ‘What can I do for you, son?’ With radiant eyes and a smile that lit up her world, this little boy said, ‘Ma’am, I’m sorry if I disturbed you, but I just want to tell you that “ALLAH REALLY LOVE AND CARE FOR YOU” and I came to give you my very last booklet which will tell you all about God, the real purpose of creation, and how to achieve His pleasure.’

With that, he handed her his last booklet and turned to leave..

She called to him as he departed. ‘Thank you, son! And God Bless You!’

Well, the following Friday afternoon after Jumat service (during which period they hold a weekly program, Al-Usrah) the Imam was giving some lectures. As he concludes the lectures, he asked, ‘Does anybody have questions or want to say anything?’

Slowly, in the back row among the ladies, an elderly voice was heard over the speaker. As the voice went on, a hint of glorious gaiety and contentment was plainly evident in it even though it wasn’t to be seen, ‘No one in this gathering knows me. I’ve never been here before. You see, before last Friday I was not a Muslim, and thought I could be. My husband passed away some time ago, leaving me totally alone in this world. Last Friday, being a particularly cold and rainy day, it was even more so in my heart that I came to the end of the line where I no longer had any hope or will to live.

So I took a rope and a chair and ascended the stairway into the attic of my home. I fastened the rope securely to a rafter in the roof then stood on the chair and fastened the other end of the rope around my neck. Standing on that chair, so lonely and broken-hearted I was about to leap off, when suddenly the loud ringing of my doorbell downstairs startled me. I thought, I’ll wait a minute, and whoever it is will go away……

I waited and waited, but the ringing doorbell seemed to get louder and more insistent, and then the person ringing also started knocking loudly…… ……

I thought to myself again, ‘Who on earth could this be? Nobody ever rings my bell or comes to see me.’ I loosened the rope from my neck and started for the front door, all the while the bell rang louder and louder.

When I opened the door and looked I could hardly believe my eyes, for there on my front porch was the most radiant and angelic little boy I had ever seen in my life. His SMILE, oh, I could never describe it to you! The words that came from his mouth caused my heart that had long been dead TO LEAP TO LIFE as he exclaimed with a cherub-like voice, ‘Ma’am, I just came to tell you that ALLAH REALLY LOVE AND CARE FOR YOU!’

Then he gave me this booklet, “Path To Paradise” that I now hold in my hand.

As the little angel disappeared back out into the cold and rain, I closed my door and read slowly every word of this book. Then I went up to my attic to get my rope and chair. I wouldn’t be needing them anymore.

You see? I am now a Happy Vicegerent of the One True God. Since the address of your congregation was stamped on the back of this booklet, I have come here to personally say THANK YOU to God’s little angel who came just in the nick of time and by so doing, spared my soul from an eternity in Hell.’

There was not a dry eye in the mosque. And as shouts of TAKBIR!!! ALLAH AKBAR!!! rented the air, even among the ladies.

Imam-Dad descended from the pulpit to the front row where the little angel was seated….

He took his son in his arms and sobbed uncontrollably.

Probably no jama’at has had a more glorious moment, and probably this universe has never seen a Papa that was more filled with love and honor for his son……. Except for One. This very one…

Blessed are your eyes for reading this message.

Remember, Allah’s message CAN make the difference in the life of someone you know (:

Comments (0)

Umrah Musim Panas - Jom Sertai!!!

Posted on 22 January 2010 by admin

Pendaftaran dibuka hingga 31 Januari 2010 untuk menyertai Majlis Syura Muslimum (MSM) dalam Projek Umrah Musim Panas.

Update terkini:  Pendaftaran kini dibuka juga untuk pelajar-pelajar dari Republic of Ireland

Pakej  1 – Umrah Musim Panas

  • Tiket Sehala (London- Jeddah-KLIA)
  • Departure: 24 Jun 2010 (London- Jeddah)
  • Departure (2) : 3 Julai 2010 (Jeddah/Madinah – KLIA)
  • Airlines: Saudi Arabia Airline
  • Kos : £720 (£400 utk Tiket + £320 Pakej)
  • Kouta: 40 tempat sahaja – Availability: 30

Termasuk dalam pakej

  • Visa Umrah
  • Penginapan di Hotel berdekatan Mekah/Madinah
  • Makanan al -Melayu
  • Ziarah Mekah/Madinah
  • Pembimbing sepanjang umrah dan ziarah

Pakej  2 – Umrah Musim Panas

  • Tiket pergi balik (London-Jeddah London)
  • Departure: 24 Jun 2010 (London- Jeddah)
  • Return : 3 Julai 2010 (Jeddah – London)
  • Airlines: Saudi Arabia Airline
  • Kos : £670 (£350 utk Tiket + £320 Pakej)
  • Kouta: 30 tempat sahaja – Availability: 20

  • poster_umrah2010

Comments (2)

BICARA Safar 1431H - Dapatkan Segera!

Posted on 21 January 2010 by admin

bicarasfr

Alhamdulillah, buletin bulanan MSM iaitu BICARA telahpun berada di pasaran. Untuk edisi bulan Safar 1431H, anda boleh muat turun di link berikut:

http://msmonline.net/v1/wp-content/uploads/bicara-safar-1431h.pdf

Anda boleh terus print, fotokopi dan sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain.

Anda juga boleh mendapatkannya melalui wakil-wakil MSM di kawasan anda.

Semoga bermanfaat dan ‘Selamat Membaca’

Comments (0)

Petunjuk Sepanjang Jalan

Posted on 21 January 2010 by admin

Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun-ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan ini ialah: bangkrap dan melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya.

Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangnya sudah tidak punya apa pun “Nilai” yang dapat diberinya kepada umat manusia; malah tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebengkrapan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru – dengan secara beransur-ansur – dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!

Demikian juga halnya di negara-negara blok Timur itu sendiri. Teori-teori yang bercorak kolektif, terutamanya Marxisme yang telah berhasil menarik perhatian sebahagian besar umat manusia di negara-negara blok Timur itu – dan malah di negara-negara blok Barat juga – dengan sifatnya sebagai suatu isme yang memakai cap akidah juga telah mulai mundur teratur sekali dari segi ‘teori’ hingga hampirlah sekarang ini lingkungannya terbatas di dalam soal-soal ‘sistem kenegaraan’ sahaja dan sudah menyeleweng begitu jauh dari dasar isme yang asal dasar-dasar pokok yang pada umumnya bertentangan dengan fitrah umat manusia dan tidak mungkin berkembang kecuali di dalam masyarakat yang mundur, atau pun masyarakat yang begitu lama menderita di bawah tekanan sistem pemerintahan diktator.

Hatta di dalam masyarakat seperti itu sendiri pun – telah mulai nampak kegagalan di bidang benda dan ekonomi; iaitu bidang yang paling dibanggakan oleh sistem itu sendiri. Lihat sahaja Russia, negara model dari sistem kolektif itu, telah mulai diancam bahaya kebuluran yang hampir sama dengan keadaan di zaman Tzar dahulu; hingga negara itu telah terpaksa mengimpot gandum dan bahan-bahan makanan serta rnenjual emas simpanannya untuk membeli bahan makanan itu. Ini berpunca daripada kegagalan sistem pertanian kolektif dan sistem ekonomi yang bertentangan dengan fitrah umat manusia.

Oleh itu, maka umat manusia mestilah diberikan pimpinan baru! Sesungguhnya peranan pimpinan manusia barat ke atas umat manusia ini telah hampir tamat. Ini bukanlah kerana tamaddun Barat itu telah bengkerap dan dari segi benda atau telah lemah dari segi ekonomi dan kekuatan tentera tetapi sebenarnya kerana sistem Barat itu telah tamat tempohnya sebab ia tidak lagi mempunyai stock “nilai” yang melayakkan dia memegang pimpinan.

Umat manusia perlukan suatu pimpinan yang mampu menyambung terus tamadun kebendaan seperti yang telah dapat dicapai sekarang melalui tamadun cara Eropah itu, juga yang mampu memberikan nilai baru yang lengkap, setanding dengan yang telah sedia ada dan telah popular di dalam masyarakat manusia, juga yang mempunyai program yang kemas kini, positif dan praktikal.

Hanya Islam sahajalah yang mempunyai nilai-nilai dan program yang sargat diperlukan itu. Kemajuan ilmu pengetahuan telah pun menunaikan tugasnya. Sejak dari zaman kebangkitan di dalam abad keenam belas Masihi dan telah mencapai puncak kemajuannya di dalam abad kedelapan betas dan abad kesembilan belas. Sesudah itu tamadun Eropah sudah kehabisan bahan simpanan, untuk disumbangkan kepada umat manusia. Demikian juga faham-faham “kebangsaan” dan “perkauman” yang telah muncul pada ketika itu, dan beberapa buah negara gabungan telah lahir dan telah memberikan sumbangannya masing-masing kepada umat manusia tapi faham-faham “kebangsaan” dan “perkauman” itu sudah tidak mampu memberikan apa-apa pun kepada umat manusia, kerana sudah kehabisan bahan simpanan… Pada akhirnya sistem-sistem yang berdasarkan kebebasan individu dengan disusuli pula oleh sistem kolektif telah selesai peranannya dan berakhir dengan kegagalan juga.

Sekarang tibalah pula giliran ISLAM dan peranan “umat” di saat yang paling genting ini memang sudah tiba giliran Islam pula. Islam yang tidak memandang remeh dan rendah kepada hasil ciptaan sains yang dilakukan oleh umat manusia sebelum ini dan akan terus dilakukan oleh umat manusia di sepanjang zaman kerana Islam memandang kemajuan di bidang ciptaan sains itu sebagai salah satu tugas utama manusia sejak Allah melantik umat manusia ini menjadi “khalifah” dan pemerintah di bumi ini, dan di bawah syarat-syarat tertentu pula, Islam memandangnya sebagai sejenis ibadat kepada Allah, dan sebagai sejenis pelaksanaan tujuan hidup manusia:

Firman Allah: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. ” (Al-Baqarah: 30) .

Firman Allah: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. [Adz Dzariat: 56].

Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah. [Aali Imraan: 110]. .

Firman Allah: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul [Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu …. [A1 Baqarah: 143].

Tetapi Islam tidak akan mampu menunaikan tugasnya kecuali bila ia menjelma di dalam sebuah masyarakat, iaitu ia menjadi panduan hidup suatu umat kerana umat manusia tidak mahu mendengar – terutama sekali di zaman mutaakhir ini – kepada suatu akidah yang kosong, yang tidak dapat dilihat buktinya melalui suatu bentuk hidup yang nyata dan dapat disaksikan sedangkan “wujud” umat Islam itu sendiri boleh dianggap telah terputus -sejak beberapa abad yang lalu kerana UMAT ISLAM itu bukanlah bererti sekeping tanah di mana Islam hidup di situ, bukan juga suatu kaum atau golongan orang yang nenek moyang mereka dahulu pernah menghayati Islam sebagai panduan hidup mereka kerana sesungguhnya “umat Islam” itu ialah suatu golongan manusia yang menimba hidup, konsep realiti, nilai hidup mereka dari sumber Islam dan umat ini, dengan ciri-ciri yang disebut di atas, telah terputus wujudnya sejak terhentinya pelaksanaan undang-­undang dan syariat Islam dari seluruh muka bumi ini.

Oleh sebab itu maka perlulah dipulihkan semula wujudnya umat itu; supaya Islam dapat menunaikan peranan yang sangat diharapkan itu, dalam memimpin umat manusia sekali lagi. Memanglah umat Islam itu mesti “bangkit” semula umat yang telah ditimbus zaman, ditimbus oleh konsep hidup yang sesat dan ditimbus pula oleh realiti hidup yang menyeleweng, ditimbus oleh sistem hidup yang pincang dan tiada kena mengena dengan Islam sama sekali, tiada kena mengena dengan program Islam walaupun umat itu masih menganggap dirinya sebagai umat Islam dan masih memanggil negeri tempat tinggal mereka sebagai “dunia Islam.”

Sebenarnya saya arif benar bahawa jarak di antara usaha “bangkit” semula dan “memegang pimpinan” itu masih jauh dan susah dilalui sebab sesungguhnya umat Islam sudah hilang dari “wujud” dan “realiti” begitu lama sekali dan peranan memimpin umat manusia itu telah diambil oleh fikiran yang lain, oleh umat yang lain dan oleh konsep yang lain, juga oleh realiti yang lain berabad-abad lamanya dan tamadun Eropah telah pun menciptakan dalam tempoh yang begitu lama beberapa banyak perbendaharaan yang berbentuk “Ilmu Pengetahuan” “kebudayaan” “sistem hidup” dan “penghasilan benda”, iaitu suatu perbendaharaan yang agung dan telah membawa umat manusia naik ke kemuncak kemajuan perbendaharaan yang tidak dapat dibuang begitu sahaja tanpa gantinya; lebih-lebih lagi negara-negara yang bernama “dunia Islam” sekarang hampir tidak mempunyai bahan simpanan dari hasil perbendaharaan itu.

Walau bagaimanapun tanpa mengenepikan pertimbangan ini walau bagaimana jauhnya pun jarak di antara “bangkit semula” dengan “memegang pimpinan” langkah-langkah ke arah bangkit semula itu mesti dijalankan serta merta dan jangan dilengahkan lagi! Supaya kita selalu dapat menguasai persoalannya, maka perlu benar kita memahami secara terperinci, apakah dia syarat-syarat kelayakan yang akan mernbolehkan umat ini (umat Islam) memegang peranan memimpin umat manusia, supaya kita tidak meraba-raba dalam mencari unsur-unsur yang dapat mencetuskan kebangkitan semula umat ini, di peringkat pertama.

Umat ini sekarang tidak punya kemampuan dan tidak perlu ia mempunyai kemampuan untuk mengemukakan kepada umat manusia keunggulan dan kejaguhannya di dalam lapangan “ciptaan benda” yang membikin orang tunduk dan takut kepadanya dan memaksa umat manusia menerima pimpinannya berdasarkan faktor ini; kerana kemajuan ala Eropah di lapangan ini telah terlalu jauh mendahuluinya dan memanglah tidak boleh diharapkan, dalam tempoh beberapa abad di hadapan, untuk mengatasi mereka di lapangan ini! Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamaddun sekarang.

Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mesti memandang enteng kepada soal “penghasilan benda” dan “rekaan sains”, sebab menjadi kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya, tapi bukanlah dengan anggapan bahawa ia merupakan “syarat kelayakan” asasi yang mesti kita gunakan di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini. Cuma ia diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak lain daripada “akidah” dan “Program” yang membolehkan manusia itu memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains, di bawah pengawrasan suatu konsep lain yang dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang telah diperolehi oleh kemajuan sains itu, dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan manusia, iaitu sebuah masyarakat Islam.

Sesungguhnya dunia sekarang ini berada di dalam “jahiliyah” dari segi dasar yang menjadi sumber bagi tegaknya kehidupan dan peraturan­-peraturan nya. Jahiliyah yang tidak dapat menyelesaikan bebanan hidup hasil dari rekaan baru yang sedang memuncak sekarang. Jahiliyah ini tegak di atas dasar mencabul kekuasaan-kekuasaan Allah di muka bumi dan merampas hak istimewa Allah iaitu pemerintahan dan kekuasaan. Jahiliyah itu rnenyandarkan pemerintahan kepada umat manusia yang menyebabkan setengah golongan menjadi hamba abdi kepada setengah golorgan yang lain bukan sahaja di dalam bentuk primitif seperti yang berlaku di zaman jahiliyah purbakala tetapi lebih dahsyat lagi di dalam bentuk mengakui dan memberi hak membuat konsep-konsep, nilai-nilai, undang-undang, peraturan-peraturan dan ketetapan-ketetapan yang jauh terpesong daripada panduan dan program Allah untuk hidup ini; dalam perkara-perkara yang tidak pernah diizin oleh Allah, maka hasil daripada penyalahgunaan kuasa Allah itu secara otomatisnya timbullah pelanggaran atas hak-hak Allah, dan pelanggaran atas hak-hak manusia.

Sebenamya kehinaan yang menimpa umat manusia di dalam sistem kolektif dan juga kekejaman yang menimpa individu dan bangsa terjajah di bawah sistem kapitalis adalah salah satu kesan dari pencabulan manusia ke atas hak istimewa Allah SWT juga kerana manusia tidak menghargai kehormatan yang dianugerah oleh Allah kepadanya sejak azali. . Di dalam aspek ini, maka konsep Islam tetap berlainan langsung dengan konsep-konsep bikinan manusia; kerana di bawah sistem yang lain dari Islam, umat manusia itu saling rnengabdikan diri di antara satu sama lain, dalam bermacam-macam bentuknya sedangkan di bawah sistem Islam umat manusia bebas sepenuhnya daripada sebarang belenggu pengabdian kepada sesama manusia dengan cara mengabdikan diri kepada Allah SWT sahaja dan menerima arahan daripada Allah sahaja; juga tunduk dan patuh kepada Allah sahaja.

Inilah garis pemisah dan inilah persimpangan jalan. Inilah juga konsep baru yang kita mampu kemukakan kepada umat manusia konsep ini dan yang rangkaiannya adalah perbendaharaan yang masih belum dimiliki oleh umat manusia; kerana ia bukanlah hasil “pengeluaran” atau “produksi” kilang tamaddun Barat dan bukan hasil rekaan sains Eropah, baik Eropah Barat mahu pun Eropah Timur. Sesungguhnya kita- tanpa ragu sedikit pun – memang ada memiliki suatu potensi baru, lengkap dan sempurna; potensi yang masih belum dikenal dan belum mampu dibikin oleh seluruh umat manusia.

Tetapi potensi baru ini, seperti telah kita tegaskan, mestilah menjelma di dalam bentuk realiti yang praktis, mesti menjadi panduan dan darah daging suatu umat bagi membolehkan berjalannya operasi “kebangkitan” umat mengikut bentuk Islam kebangkitan yang akan disusuli pula, lambat-launnya, oleh peranan memegang pimpinan seluruh umat manusia.

Tetapi bagaimanakah caranya memulakan operasi kebangkitan Islam itu? Jawabnya : Mesti ada satu golongan pelopor atau “kader” yang menghayati cita-cita ini, dan meneruskan kegiatannya dengan cara menerobos ke dalam alam jahiliyah yang sedang berpengaruh di seluruh permukaan bumi ini dengan memakai dua kaedah: iaitu kaedah memisahkan diri dan kaedah membuat hubungan di bidang lain pula dengan pihak jahiliyah itu. Para pelopor dan kader itu tentulah perlu kepada panduan-panduan di sepanjang perjalanan mereka; panduan yang memberikan tentang tabiat peranan mereka, hakikat tugas mereka dan inti sari tujuan akhir perjalanan mereka dan juga mengenai garis permulaan di dalam perjalanan jauh itu seperti juga para pelopor dan kader itu perlu mendapat panduan secukupnya mengenai – jahiliyah yang sedang berpengaruh di dunia sekarang di dalam suasana yang bagaimanakah mereka boleh berjalan seiring dengan jahiliyah dan di dalam suasana yang bagaimanakah pula mereka harus memisahkan diri; bagaimana caranya melayani pihak jahiliyah itu dengan menggunakan kaedah Islam dan dalam topik apakah yang perlu dibicarakan? Juga dari mana dan bagaimanakah pula menimba bahan-bahan panduan itu?

Panduan-panduan itu hendaklah diambil dan ditimba daripada sumber asal akidah ini iaitu Al-Quran dan juga dari arahan-arahan Al-Quran yang asasi juga dari konsep yang telah dipancarkan oleh Al-Quran ke dalam jiwa para pelopor dan kader terbilang dahulu, yang telah diberi penghormatan besar oleh Allah SWT untuk mengubah bentuk sejarah umat manusia mengikut kehendak Allah.

Untuk para pelopor dan kader yang diharapkan dan ditunggu-tunggu kelahirannya itu saya tuliskan PETUNJUK SEPANJANG JALAN ini.

Empat fasal dari buku ini disedut dari buku DI BAWAH BAYANGAN AL-QURAN dengan beberapa pindaan dan tambahan di mana perlu, sesuai dengan judul PETUNJUK. Di antara kandungannya juga ialah delapan fasal, selain daripada muqaddimah ini, yang ditulis dalam waktu tertentu saya beroleh kesempatan dan ilham dari sumber Al-Quran Yang Mulia… dan dirangkai menjadi satu, sebagai “Petunjuk” dan panduan di dalam perjalanan, seperti juga buku panduan jalan raya yang lain.

Pada keseluruhanrrya inilah petunjuk dan panduan peringkat pertama.

Semoga Allah melimpahkan kurnia-Nya dan petunjuk ini akan disusul lagi oleh petunjuk-petunjuk lain bila sahaja Allah memberi hidayah kepadaku mengenai petunjuk di sepanjang jalan ini.

As Syahid Syed Qutb
Sumbangan dari Maktab Tarbiyyah MSM

Comments (0)

Generasi Al-Quran Yang Unik

Posted on 21 January 2010 by admin

Dakwah Islamiyah telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SAW, Ridhwanullahi alaihim, iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya. Generasi itu tidak pemah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini.

Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang terang dan memanglah telah berlaku, mempunyai maksud-maksud tertentu yang perlu kita perhatikan dan sayugia kita merenungnya bersungguh-sungguh, agar dapat kita menyelami rahsianya.
Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita, seperti juga kedua-duanya telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak jejas oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri peribadi Rasulullah SAW sahaja yang telah tiada lagi bersama-sama kita sekarang. Adakah ini rahsianya?

Kalaulah masalah wujudnya peribadi Rasulullah SAW itu menjadi syarat mutlak di dalam menegakkan dakwah ini dan kejayaan usaha-usahanya, tentulah Allah SWT tidak menjadikan dakwah ini meliputi seluruh umat manusia dan tidak dijadikannya sebagai perutusan-Nya yang terakhir, serta tidak diserahkan hal ini untuk diurus oleh manusia hingga ke akhir zaman.

Tetapi Allah SWT telah membuat jaminan untuk memelihara Al-Quran, dan telah mengetahui bahawa dakwah ini boleh tegak selepas zaman Rasulullah SAW pun, juga boleh membuahkan hasil yang baik; lalu diwafatkan-Nya Rasulullah SAW setelah 23 tahun beliau menjalankan tugas berdakwah dan menyampaikan perutusan Ilahi dan Allah SWT akan tetap memelihara agamaNya ini hingga ke hari kiamat. Dengan demikian maka ketiadaan diri peribadi Rasulullah SAW itu tidak boleh dijadikan jawapan di atas kegagalan dakwah di zaman ini.

Yang demikian kita perlu selidiki sebab lain yang menjadi punca kegagalan itu. Mari kita lihat kepada sumber pengambilan generasi pertama itu. Mungkin sesuatunya telah berubah. Kemudian kita lihat pula kepada program dan jalan yang telah dilalui mereka, barangkali ada sesuatu yang berlainan dan berbeza.

Sumber pokok yang dicedok oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran, hanya Al-Quran sahaja. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk beliau adalah semata-mata merupakan pentafsiran kepada sumber utama itu.

Ketika Assaiyidah `Aiisyah Radhiallahu’ anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan perjalanan hidup Rasulullah SAW maka beliau menjawab: yang bermaksud: “kelakuan dan perjalanan hidup beliau [Rasulullah SAW] itu ialah Al-Quran” – Hadis riwayat Nasai.

Hanya Al-Quran sahajalah yang menjadi sumber panduan mereka, perjalanan hidup dan gerak-geri mereka. Ini bukanlah kerana umat manusia di zaman itu tidak punya tamaddun, tidak punya kebudayaan, tidak punya pelajaran, tidak punya buku karangan dan tidak punya kajian! Sekali lagi tidak! Kerana sebenamya di zaman itu telah pun ada tamaddun dan kebudayaan Romawi, buku-buku dan undang-undangnya, yang telah dan masih diikut dan dijadikan panduan oleh orang-orang Eropah sampai hari ini. Di sana juga telah wujud peninggalan tamaddun Yunani (Greek), ilmu mantiknya, falsafah dan keseniannya, yang juga masih menjadi sumber pemikiran Barat hingga sekarang; malah di sana juga telah wujud tamaddun dan peradaban Parsi, keseniannya, sajaknya, syair dan dongengnya, kepercayaan dan sistem perundangannya, serta tamaddun lain, seperti tamaddun India, China dan lain-lain kebetulan pula kedua-dua tamaddun.

Romawi dan Parsi berada di sekeliling semenanjung Arab, baik di utara mahu pun di selatan, ditambah lagi oleh agama Yahudi dan Nasrani yang telah wujud di tengah-tengah semenanjung itu sejak berapa lama dahulu.

Jadi bukanlah faktor kekurangan tamaddun dan kebudayaan duniawi yang menyebabkan generasi pertama itu mencedok dari Kitab Allah (Al-Quran) sahaja dalam peringkat pertumbuhan mereka, tapi ialah justeru kerana “planning” yang telah ditentukan dan program yang telah diatur. Dalil yang terang atas keadaan ini ialah kemurkaan Rasulullah SAW ketika beliau melihat Sayyidina Umar bin Al-Khattab R.A. ada memegang sehelai kitab Taurat. Melihat keadaan ini beliau pun bersabda: “Demi Allah sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu sekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.” – hadis riwayat AI-hafidz Abu Ya’la dari Hammad dari Asy-sya’bi dari Jabir.

Yang demikian maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa Rasulullah SAW, bermaksud dan mengarahkan supaya sumber panduan dan pengajaran generasi pertama itu, dalam peringkat pertumbuhan mereka lagi, hanya terbatas kepada kitab Allah (Al-Quran) sahaja supaya jiwanya melurus ke arah programNya yang tunggal itu; oleh kerana itu beliau murka melihatkan Saydina Umar bin AI-Khattab R.A. cuba mencari panduan daripada sumber yang lain dari Al-Quran itu.Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya, dan mumi jalan hidupnya dari sebarang unsur yang lain daripada landasan Ilahi yang terkandung dalam Al-Quranul Karim.

Generasi sahabat-sahabat itu menerima panduannya daripada sumber yang tunggal itu sahaja. Oleh kerana itulah generasi itu telah berhasil membentuk sejarah gemilang di zamannya.

Tetapi apakah yang telah terjadi kemudiannya?

Sumber-sumber panduan itu rupanya telah bercampur baur!

Sumber itu telah dimasuki oleh falsafah Yunani (Greek), cara berfikir dan lojikanya, dongeng-dongeng Parsi dan pandangan hidupnya, cerita-cerita Israeliat Yahudi, falsafah Ketuhanan ala-Kristian yang telah bercampur baur di dalam tafsir Al-Quran dan ilmu Al-Kalam, dan juga telah dimasuki oleh saki baki peninggalan tamaddun zaman lampau yang sukar dikikis.

Di samping itu banyak lagi sumber panduan lain yang telah bercampur baur dengan tafsir Al-Quran, ilmu Al-Kalam, ilmu fiqah dan malah ilmu usuluddin juga. Campuran panduan inilah yang telah melahirkan generasi-generasi berikutnya. Oleh kerana itulah maka bentuk generasi pertama iaitu generasi para sahabat Rasulullah SAW, tidak lahir lagi kemudiannya.

Memang tak dapat diragukan lagi bahawa bercampur-baurnya sumber panduan itulah yang menjadi faktor utama mengapa generasi berikutnya berlainan sama sekali dari bentuk generasi pertama yang unggul itu.

Di sana ada satu lagi faktor asasi selain daripada perubahan sumber itu, iaitu berbezanya cara menerima pengajaran antara generasi para sahabat Rasulullah SAW dengan generasi-generasi kemudiannya.

Mereka, iaitu para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama itu tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Tiada seorang pun dari mereka yang belajar Al-Quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga dengan maksud menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka sahaja. Bahkan dia pelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat, juga urusan hidup mereka sendiri dari hidup masyarakat mereka. Dia belajar untuk dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit menerima, “arahan harian” atau “ surat pekeliling” bagi dilaksanakan serta merta! Juga tiada seorang pun dari mereka yang mencari pelajaran tambahan atau pun arahan tambahan dalarn satu majlis pengajian atau suatu majlis taklimat sahaja, kerana dia tahu bahawa yang demikian itu akan menambah beratkan tugasnya, malah kadang-kadang dia cukup dengan hanya sepuluh ayat sahaja sehingga dia benar-benar menghafalnya dan dia laksanakan arahan-arahannya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud R.A.

Perasaan inilah perasaan belajar untuk melaksanakan, yang telah menambah luasnya lapangan hidup mereka, menambah luasnya ma’rifat dan pengalaman mereka dari ajaran Al-Quran itu yang tidak mungkin mereka capai kalau sekadar belajar dari Al-Quran dengan tujuan menyelidik dan mengkaji serta membaca sahaja. Perasaan belajar untuk melaksana¬kan ini jugalah yang telah memudahkan mereka bekerja dan meringankan beban mereka yang berat, kerana Al-Quran telah sebati dan menjadi daging, darah mereka. Perasaan ini jugalah yang menanam Al-Quran ke dalam jiwa mereka hingga ia meresap menjadi panduan dalarn gerakan mereka, ia melahirkan pelajaran yang menggerakkan aktiviti, pelajaran yang tidak lagi merupakan teori yang bersarang di dalarn kepala manusia dan di halaman kertas dan akhbar-akhbar sahaja, bahkan ianya menjadi kenyataan yang melahirkan kesan dan peristiwa yang mengubah garisan hidup.

Al-Quran tidak-akan memberi dan mencurahkan isi perbendaharaannya kecuali kepada orang yang datang bertumpu kepadanya dengan roh dan jiwa ini: iaitu roh dan jiwa ma’rifat yang membuahkan amal dan tindakan. Al-Quran datang bukan sebagai sebuah buku penglipur lara, bukan sebagai sebuah buku sastera, juga bukan sebagai sebuah buku kesenian, sejarah dan novel, malah ia datang untuk dijadikan panduan hidup, panduan Ilahi yang tulen; dan Allah SWf sendiri telah merasmikan Al-Quran ini sebagai garis pemisah di antara hak dan batil.

Firman Allah:
Maksudnya: Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan Kami menurunkannya dengan beransur-ansur. [Al-Isra': 106].

AI-Quran ini tidak diturunkan sekaligus, malah ia diturunkan mengikut keperluan-keperluan yang sentiasa berubah, mengikut perkembangan fikiran dan pandangan hidup serta perubahan masyarakat Ia diturunkan mengikut perkembangan masalah praktikal dan fakta kehidupan masyarakat Islam. Ayat demi ayat diturunkan untuk suasana tertentu dan peristiwa khusus dan untuk membongkar isi hati manusia; untuk menggambarkan urusan yang mereka hadapi, dan menggariskan program kerja mereka dalam sesuatu suasana, juga untuk memperbetul kesilapan perasaan dan perjalanan hidup, supaya mereka sentiasa merasa terikat dengan Allah dalam setiap suasana. Ia diturunkan secara beransur-ansur bagi mengajar mereka mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatNya dan juga melalui bukti-bukti perkembangan dan perubahan alam. Dengan demikian mereka akan merasakan bahawa diri mereka terus menerus terikat dengan tertakluk kepada Allah SWT, terus menerus di bawah perhatian Ilahi. Pada ketika itu mereka merasakan bahawa mereka sedang hidup di bawah pengawasan Allah SWT secara langsung.

Dasar “belajar untuk melaksanakan terus” itu merupakan faktor utama membentuk generasi pertama dahulu, manakala dasar “belajar untuk, dibuat kajian dan penglipurlara” itulah yang merupakan faktor penting yang melahirkan generasi-generasi kemudiannya. Dan tidak syak lagi bahawa faktor kedua inilah menapakan sebab utama mengapa generasi-generasi yang lain itu berlainan sama sekali dengan generasi pertama, generasi para sahabat Rasulullah SAW.

Di sana ada satu lagi faktor yang mesti diperhati dan dicatat benar-benar.

Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah; dan sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya sesuatu waktu, atau sekali sekala dia merasa tertarik dengan kebiasaannya yang dahulu, atau kalau dia merasa lemah dari menjalankan tugas dan kewajipan kelslamannya sesuatu ketika, nescaya dia merasa bersalah dan berdosa, dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia perlu mernbersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran.

Di sana juga terdapat pemisahan perasaan sepenuhnya di antara zaman lampau seseorang Muslim dalam keadaan jahiliyahnya dahulu dan zaman barunya di dalam Islam, yang akan menimbulkan pula pemisahan secara menyuluruh dalam segenap hubungannya dengan masyarakat jahiliyah. Dia berputus arang berkerat rotan dengan tata hidup masyarakat jahiliyah dahulu dan berhubungan langsung selama-lamanya dengan masyarakat Islam; walaupun kelihatan pada lahimya dia sering berhubungan dengan orang-orang musyrik di dalam lapangan perdagangan dan pergaulan hidup seharian, tetapi perpisahan perasaan dan pergaulan hidup seharian adalah dua hal yang berlainan dan berbeza sekali.

Di sana ada semacam pernisahan lagi, iaitu perpisahan suasana jahiliyah dalam kebiasaan dan pandangannya, adat resam dan hal-hal yang berkaitan dengannya, yang timbul dari pemisahan syirik ke akidah tauhid, dari konsep jahiliyah ke konsep Islam mengenai masalah hakikat hidup dan hakikat wujud; juga timbul dari percantumannya dengan perkumpulan dan organisasi Islam yang baru, di bawah pimpinan baru, dan sikap mernberi segenap perhatian, kepatuhan dan kesetiaan kepada masyarakat, perkumpulan dan organisasi baru di bawah pimpinan baru itu.

Inilah dia persimpangan jalan dan permulaan langkah di jalan baru, langkah yang bebas merdeka dari segala tekanan adat resam yang dipatuhi sepenuhnya oleh masyarakat jahiliyah dan segala nilai yang menjadi kebiasaannya. Di sana tiada risiko yang akan ditempuh selain dari ujian dan penderitaan, namun demikian dia secara otomatis telah bertekad tegas dan bulat untuk tidak akan kembali lagi kepada sebarang bentuk jahiliyah, kepada tekanan dan kebiasaan jahiliyah buat selama-lamanya.

Kita sekarang sedang berada di tengah-tengah suasana jahiliyah yang serupa dengan suasana jahiliyah yang ada.pada zaman kedatangan Islam dahulu, malah lebih gelap lagi. Segala sesuatu di sekitar kita ialah jahiliyah konsep hidup manusia sekarang, akidah kepercayaan mereka, adat istiadat dan kebiasan mereka, sumber pelajaran seni dan sastera mereka, peraturan dan undang-undang mereka, hinggakan banyak perkara yang kita anggap sebagai pelajaran Islam, buku rujukan Islam, falsafah Islam dan pemikiran Islam sebenamya adalah hasil ciptaan jahiliyah!

Oleh kerana itulah maka nilai Islam tidak tulus dan tidak hidup subur lagi di dalam jiwa kita, teori Islam itu tidak begitu terang lagi di dalam pemikiran Idta, dan di kalangan kita sekarang tidak muncul lagi suatu generasi manusia raksaksa dari model yang dilahirkan oleh Islam di zaman pertama dahulu.

Oleh itu, di dalam program gerakan ke-Islaman, kita mesti membebaskan diri di peringkat permulaan, di peringkat taman kanak-kanak lagi, dari sebarang pengaruh jahiliyah yang selalu menghayati kita sekarang. Kita mesti rujuk semula ke pangkal jalan, kepada sumber yang murni yang telah dicedok dan ditimba oleh orang-orang sebelum kita; iaitu sumber yang terjamin tidak bercampur baur dengan sumber yang lain. Kita mesti kembali semula kepadanya untuk mendapatkan teori mengenai hakikat wujud seluruhnya dan juga hakikat wujudnya umat manusia ini dan segala pertalian di antara kedua jenis wujud ini dengan wujud yang hakiki, iaitu wujud Allah SWT. Dari situlah kita mengambil pandangan terhadap hidup, kita mengambil nilai diri dan akhlak kita, serta kita mengambil panduan dan program pemerintahan, politik, ekonomi dan segala aspek kehidupan kita.

Bila kita rujuk semula, maka kita mestilah rujuk berdasarkan kaedah dan dasar “belajar untuk melaksanakan”, bukan dengan kaedah dan dasar belajar untuk mengetahui dan menglipur lara; kita rujuk kepadanya untuk mengetahui apa yang sebenar diminta kita lakukan, maka kita lakukan; dan di dalam perjalanan itu kita akan bersua dengan keindahan seni Al-Quran, dengan cerita dan kisah yang menyeronokkan dan juga dengan pandangan-. pandangan kiamat di dalam Al-Quran juga dengan logik kesedaran hati nurani di dalam Al-Quran dan juga dengan semua yang dicari-cari oleh pakar-pakar penyelidik.. . ya, kita akan jumpai semuanya itu, bukan dengan maksud hendak belajar dan menglipur lara tapi dengan tujuan utama hendak mengetahui apakah pekerjaan yang Al-Quran kehendaki kita kerjakan? Apakah konsep umum yang Al-Quran kehendaki kita berkonsep? Bagaimanakah tuntutan Al-Quran mengenai pandangan dan perasaan kita terhadap Allah SWT? Dan bagaimanakah tuntutan Al-Quran mengenai akhlak kita, realiti hidup kita, dan bagaimanakah corak sistem kita di dalam hidup ini?.

Kemudian kita mesti membebaskan diri dari tekanan masyarakat jahiliyati, dari tekanan konsep jahiliyah, dari adat resam jahiliyah dan juga dari pimpinan ala jahiliyah di dalam hidup diri kita sendiri. Bukanlah tugas kita untuk berkompromi dengan realiti masyarakat jahiliyah sekarang dan bukan untuk tunduk dan menumpahkan kesetiaan kepadanya sebab keadaan realiti jahiliyah itu tidak memungkinkan kita berkompromi dengannya sama sekali.

Tugas utama kita ialah mengubah realiti masyarakat ini. Tugas utama kita ialah mencabut realiti jahiliyah itu dari akar umbinya, realiti yang bertentangan dan berlanggar secara prinsipal dengan aspirasi Islam dan dengan konsep Islam, realiti yang menghalang kita dengan menggunakan kekerasan dan tekanan dari kita hidup seperti yang dikehendaki oleh program Ilahi.

Langkah pertama di dalam perjalanan kita ialah menghapuskan masyarakat jahiliyah ini, nilai-nilai dan teori-teorinya. Kita tidak boleh mengubah-suai sedikit jua pun untuk kemudiannya bertemu semula di pertengahan jalan. Sekali lagi tidak! Kerana jalan kita adalah berlainan dan bersimpangan dengan jalan jahiliyah. Seandainya kita cuba berjalan seiring dengannya biar pun selangkah jua nescaya kita kehilangan pedornan dan kita akan meraba dalam kesesatan.

Di dalam hal ini kita akan menempuh berbagai bentuk kesusahan dan penderitaan, kita akan menyumbangkan pengorbanan yang besar dan dahsyat, tetapi tiada alternatif lain kalau kita benar-benar hendak mengikuti langkah generasi pertama yang diiktiraf oleh Allah, yang telah menghancur dan memusnahkan jalan jahiliyah itu.

Adalah baik sekali bagi kita tetap menyadari bentuk program dan landasan kita, menyadari tabiat sikap kita dan juga tabiat jalan yang mesti kita lalui untuk keluar dari suasana jahiliyah yang telah dilalui oleh generasi yang agung dan unik itu.

Sumber Sayyid Qutb
Dari Maktab Tarbiyyah MSM

Comments (0)

Penerangan dan Ceramah Umrah Musim Bunga 2010

Posted on 18 January 2010 by admin

Dipetik dari www.msmsheffield.wordpress.com

Alhamdulillah sesi Penerangan dan ceramah Umrah Musim Bunga 2010 berjaya diadakan di MWHS pada 16/1/2010 Sabtu bermula jam 11.30 pagi sehingga jam 1.30 petang. Kehadiran adalah seramai 20 orang (majoriti terdiri dikalangan sisters Sheffield dan 4 orang dari Plymouth).

Pengisian ceramah telah disampaikan oleh Us Mazrul dan Tn Hj. Amirasyid. Jazakallah kepada mereka berdua. Intipati dari ceramah adalah lebih menekan secara khusus kepada senario perlaksanaan, rukun, wajib dan sunat Umrah, pemahaman Umrah disudut tarbawi dan juga penerangan pakej Umrah untuk musim Bunga 2010 ini iaitu pada 2 April sehingga 11 April 2010.

Semoga penerangan ini dapat memantapkan pemahaman kepada peserta Umrah musim ini.

Jazakumullah dan syukran kepada semua yang hadir.

Sekian.

Comments (0)

Video MSM

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031