Archive | Dunia Islam

Kemaskini kutipan Misi Kasih Pakistan… 25/8/2010 Rabu

Posted on 28 August 2010 by admin

Dipetik dari http://msmsheffield.wordpress.com

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kutipan derma bagi projek “MISI KASIH PAKISTAN : Pakistan Floods Appeal” kini masuk hari kesebelas dan telah mencatat kutipan mencecah £763.81. Terima kasih diucapkan kepada yang telah menghulurkan bantuan. Marilah kita terus sama-sama menyumbang dan membantu meringankan beban saudara-saudara kita di Pakistan. Kutipan derma akan berlangsung sehingga 1 Syawal, Insyaallah.

Banjir tercetus akibat hujan lebat menenggelamkan kawasan tadahan Sungai Indus dan mengorbankan 1,600 orang, memaksa dua juta orang berpindah dan menjejaskan kehidupan 14 juta penduduk (Berita Harian)

“Penyakit cirit-birit semakin meningkat namun kami mempunyai capaian terhad di sesetengah kawasan. Laluan sukar menghalang kami merawat kes terbabit,” (Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO))

An estimated six million children are at risk of malnutrition, diarrhoea and pneumonia as unprecedented super-floods inundate Pakistan. “Children are drinking, washing in and going to the toilet in the same river water. If this sanitation crisis is not tackled now, in six months time, millions and millions of children will be suffering potentially deadly diarrhoea and other diseases” (Disaster Emergancy Committee)

Bagaimana setiap pound yang disumbangkan dapat membantu?

  • £ 15 dapat menyumbangkan 6 helai selimut untuk mereka yang tiada tempat kediaman selepas banjir.
  • £ 30 dapat membantu memberi imunisasi kepada 30 orang kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.
  • £ 40 dapat menyumbangkan 16 kelambu nyamuk (mosquito nets) untuk mengelakkan mangsa banjir daripada mendapat penyakit.
  • £ 50 dapat membekalkan 5 keluarga bekalan air minuman bersih.
  • £100 boleh membeli peralatan dapur untuk 6 buah keluarga yang hilang segalanya ketika banjir.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

  • Nama : MISS ZULFA H B ASHAARI
  • Account Number :2 4 1 9 4 0 6 9
  • Sort Code : 60-19-07
  • Bank: Natwest
  • References : MSM Pakistan Floods Appeal

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Pakistan. Mari kita mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

Wallahu’alam.

Sekian, Wassalam.

Zulfa Hanan Ashaari
Pengarah Projek
Misi Kasih Pakistan : Pakistan Floods Appeal,
CPO Sheffield,
3rd year Ph.D. Student,
Department of Geography,
University of Sheffield,
Winter Street, Sheffield S10 2TN
Email : hazely85@yahoo.com/ Z.Ashaari@sheffield.ac.uk
http://msmsheffield.wordpress.com/

Comments (0)

21 Ogos Adalah Hari Al-Aqsa

Posted on 20 August 2010 by admin

Dipetik dari http://pacemalaysia.net

Hari al-Aqsa | al-Aqsa Day

Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds).

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas.

Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”

Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’ Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference).

Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.

Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini. Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.

Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)
21 Ogos 2009


21st August is al-Aqsa Day.

Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds).

Hari al-Aqsa | al-Aqsa Day

This year, al-Aqsa Day falls on Friday, 21st August 2009, in all likelyhood, a day before the blessed month of Ramadhan which begins on Saturday. What is the significance of al-Aqsa Day and what is the background to it’s commemoration/ remembrance? The date has been chosen by the Malaysian government as a mark of brotherhood and solidarity with the Palestinian people and to renew her commitments to the Palestinian cause. This brings the next question? What is the significance of 21st August that it was specifically earmarked as the al-Aqsa Day?

The background to this is the occupation of East Jerusalem and the West Bank when the zionist army overran these territories apart from the Gaza strip, the Sinai peninsular and the Golan Heights in 1967. The United Nations Security Council convened and unanimously adopted resolution 242 on 22nd November in the same year which condemns Israel and demanded the withdrawal of Israeli forces back to the Green line of 1949. Such illegal occupation as the consequence of the so-called six day war of 1967 however remain to this day, except for the return of the Sinai peninsular to Egypt as part of the Camp David peace agreement signed between Egypt and Israel in 1978. Since then, Egypt and Israel became peace partners and Egypt is to ensure that the Palestinian issue will not in anyway jeopordizes the security of Israel. Under such humiliation, Egypt closed the Rafah crossing, preventing aid reliefs into Gaza and even denying injured Gazans from seeking medical treatment in the wake of the Israeli attack early this year.

The occupation of 1967 has lead to numerous threats to the al-Aqsa mosque and other religious symbols and places of worship in and around East Jarusalem. Extremist jewish groups has been calling for the demolition of the al-Aqsa mosque and the takeover of the Haram al-sharif for the construction of the Solomon’s temple (Haikal Sulaiman). Jewish settlers have been incited to dispense their religious duty to finance and lobby for the construction of the temple on the ruins of al-Aqsa mosque. Arab properties were expropriated to rid of Arab residence in the neighbourhood of al-Aqsa to make way for more kibbutz or jewish settlements. In the name of archeological excavations, tunnels were dug around and beneath the Haram as-Shariif in search for the ruins of the temple razed during the Roman period. The excavation works has apparently affected the foundation of the Usmaniah mosque. These tunnels were dug in secrecy but their cover was blown when it was discovered by Syeikh Raed Salah who brought to the attention of the muslim world the predicaments of Islam’s third holiest mosque. They also took over the al.Maghariba gate, the main entrance to the al-Aqsa mosque.Other places of worship were also not spared by the the zionist sacrilage and these include the church of the holy Sepulcher (the church of al-Qiamah) and the Greek orthodox church.

To deal with these threats on the future of al Aqsa, 23 Islamic countries convened at Kuala lumpur in April 1969 and passed a number of resolutions to safeguard the sanctity of Jarusalem and it’s vicinity. However such international efforts to allay everyone’s fear for the safety of al Aqsa was dashed on August 21st when an Australian national by the name of Michael Dennis Rohan set the sacred mosque ablazed. A report in the Jewish media Yediot Aharanot alleged that a temple will be built on the exact spot where al Aqsa is on August 21st suggesting that the arson was a deliberate act orchestrated by the Zionist higher authority. Dennis Rohan was put on trial, declared insane by the court and immediately deported to Australia. In a more recent tragedy when a group of worshippers were gunned down during the dawn prayer at the Ibrahimi mosque (Hebron) by a lone jewish gunman, the court also found the latter mentally unfit to stand trial.

The tragedy has triggered a summit meeting of muslim countries in Rabat from the 22nd to 25th September, 1969. Three muslim leaders played a pivotal role in calling for the summit; YTM Tunku Abdul Rahman Putra al Haj, King Faisal of Saudi and King Hassan of Maghribi. A key resolution was reached i.e. any peace effort to end the conflict that does not include the restoration of Jerusalem back to it’s status prior to the 1967 Israeli war of aggression will not be acceptable. A permanent secretariat was established in Jeddah and YTM Tunku Abdul Rahman, the first Prime Minister of Malaysia was appointed as the first Secretary Genderal. These events which can be traced back to the Kuala Lumpur initiaves in April 1969 have paved the way for the birth of OIC (Organization of Islamic Conference) as we knew it today. Following the summit, YTM Tunku Abdul Rahman attended the 23rd United Nations General Assembly held in November of the same year, carrying the aspirations and demands from the summit meeting in Rabat. YTM Tunku Abdul Rahman successfully convinced the General Assembly to again recognize and to reinstate the question of Palestine in the UN agenda after it has been dropped in 1952. As a result resolution 2535B (XXIV) was passed on 10th December 1969, which reaffirms the inalienable rights of the Palestinian people towards their homeland and the rights for self determination. The instrumental role of YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj should be given a special place in the history of the international struggle for the liberation of Palestine.

Since 1969, Kuala Lumpur has officially chosen 21st August as a day to strengthen the solidarity with the Palestinian people and to renew her commitments towards the liberation of Palestine. Pos Malaysia has issued commemorative stamps on 21st August in 1978 and again in 1982 to garner national and international support for the Palestinian cause. Over the years, al Aqsa day seems to have lost it’s fervor. It was a commendable effort especially by the students at the higher institution of learning to revive 21st August during the last couple of years and to rebrand it as the ROQ (Remembrance of al Aqsa). We urge the government to relive this legacy of the late YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj by again reinstating the al Aqsa Day of 21st August as a national day of observance to strengthen our solidarity with the Palestinian people.

Assoc Prof. Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE (Palestine Centre of Excellence)
21st August 2009

Comments (0)

Misi Kasih Pakistan: Pakistan Floods Appeal

Posted on 13 August 2010 by admin

Dipetik dari http://msmsheffield.wordpress.com/

Pada 28 Julai 2010 yang lalu, dunia dikejutkan dengan bencana alam banjir yang melanda Pakistan. PBB melaporkan banjir yang kini melanda Pakistan adalah krisis kemanusiaan terburuk sejak beberapa tahun lalu dengan 14 juta orang terjejas menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian Tsunami 2004 dan gempa bumi dia Kashmir dan Haiti. Sehingga kini banjir yang melanda telah memusnahkan beratus-ratus perkampungan, lebih 30,000 kediaman musnah, kemudahan infrastruktur rosak teruk dan mengancam lebih banyak nyawa ketika angka kematian kini melebihi 1600 orang.

Pihak MSM Sheffield dengan ini melancarkan projek “MISI KASIH PAKISTAN: Pakistan Flood Appeal” untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pakistan.

Kutipan derma akan bermula hari ini 4 Ramadhan 1431 H dan berakhir pada 1 Syawal 1431 H.

Bagaimana setiap pound yang disumbangkan dapat membantu?

£ 15 dapat menyumbangkan 6 helai selimut untuk mereka yang tiada tempat kediaman selepas banjir.

£ 30 dapat membantu memberi imunisasi kepada 30 orang kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.

£ 40 dapat menyumbangkan 16 kelambu nyamuk (mosquito nets) untuk mengelakkan mangsa banjir daripada mendapat penyakit.

£ 50 dapat membekalkan 5 keluarga bekalan air minuman bersih.

£100 boleh membeli peralatan dapur untuk 6 buah keluarga yang hilang segalanya ketika banjir.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

Nama : MISS ZULFA H B ASHAARI
Account Number :2 4 1 9 4 0 6 9
Sort Code : 60-19-07
Bank: Natwest
References : MSMPFA

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Paksitan. Mari kita mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

“Ubaadah ibn as-Saamit, Rasulullah ﷺ berkata: “Ramadan sudah tiba, bulan barakah, Allah menyelubungi kita dengan RahmahNya, Dia memadamkan dosa-dosa, Dia memerhatikan kita berlumba untuk kebaikan, Dia bermegah mengenai kita kepada malaikatNya. Oleh itu, tunjukkan kepada Allah yang terbaik, sesungguhnya yang bermuram adalah yang dihalang dari mendapat rahmah Allah.” (HR Tabrani- Saheeh)

Sekian, Wassalam.

Zulfa Hanan Ashaari
Pengarah Projek Misi Kasih Pakistan,
CPO Sheffield,
PhD Student,
Department of Geography,
University of Sheffield,
Winter Street, Sheffield S10 2TN

http://msmsheffield.wordpress.com

http://msmsheffield.blogspot.com

Comments (0)

Ustaz Ahmad Sonhadji Kembali ke Rahmatullah

Posted on 13 August 2010 by admin

SINGAPURA - Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad pergi tak kembali pada 2 Ramadan 1431 Hijrah (semalam). Beliau meninggalkan ribuan murid di seluruh Nusantara bersama sejumlah buku termasuk karya agung Mari Sembahyang dan tafsir lengkap al-Quran ‘Abrul-Athir. Solat jenazah di Masjid Muhajirin diimami oleh Mufti Singapura, Sahibus-Samahan Syed Isa Semait. Turut hadir, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura, Dr Yaacob Ibrahim. Moga Allah anugerahkan keampunan dan kerahmatan ke atas roh Ustaz Ahmad Sonhadji (1922-2010).

ustaz sonhadji 1

Anak-cucu memberikan kucupan terakhir sebelum kapan disempurnakan.

ustaz sonhadji 2

Ustaz Ahmad Sonhadji meninggalkan 10 anak, 32 cucu dan 28 cicit.

ustaz sonhadji

Jenazah diusung ke bawah flat untuk dibawa ke Masjid Muhajirin.

ustaz sonhadji

Jenazah di Masjid Muhajirin sementara menunggu masuk waktu Asar.

ustaz sonhadji

Mufti Singapura memimpin bacaan doa seusai menjadi imam solat jenazah.

ustaz sonhadji

Moga kuburnya menjadi sebahagian daripada taman-taman syurga.

Foto-foto oleh Zulkifli Khair

Sumber: http://www.malaysiaharmoni.com

Comments (0)

Kenyataan barisan ulama’ seluruh dunia mengenai serangan zionis ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan ke GAZA

Posted on 02 June 2010 by admin

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Penolong orang-orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang-orang yang angkuh dan ganas. Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Sayyidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat-sahabatnya.

Sesungguhnya barisan ulamak yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando-komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai Negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulamak beserta majoriti umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan kecewa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.

Barisan ulamak juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis. Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada’ dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang-orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza, kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.
Justeru, barisan ulamak menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulamak mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.

Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah Negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan Negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.

Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuhan, institusi-institusi, rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini.

Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama: Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu reality yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah:87)
Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan talibarut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.

Kedua: Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negative sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang-ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya. Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua Negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah. Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka. Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini. Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara-bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?

Ketiga: Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar. Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung. Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.

Keempat: Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuhan serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki. Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.

Kelima: Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Negara Arab, Negara Islam dan semua Negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan. Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.

Keenam: Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan-keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah Negara. Dedahkan identity mereka dan usir mereka dari semua Negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.

Ketujuh: Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.
Oleh kerana ulamak dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulamak dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang. Ulamak dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya.

Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!

Ditandatangani oleh:
Dr. Sofwat Hijazi - Mesir, Dr. Muhammad Musa asy-Syarif – Saudi, Dr. Solah Sultan – Mesir, Syeikh Salim asy-Syeikhi – Libya, Syeikh Muhammad al-Amin – Bahrain, Syeikh Majd Makki – Syria, Syeikh Akram Kassab – Mesir, Dr. Hamdy Arsalan – Turki, Dr. Khalid Hanafy – Mesir, Dr. Muwaffaq Kadasah – Saudi, Dr. Sa’eid al-Ghamidy – Saudi, Dr. Abdul Ghani at-Tamimy – Palestin, al-Qadhi Muhammad Tais al-Jamily – Qatar, Dr. Saleh Sowwab – Yaman, Syeikh Hasan Qatarji – Lubnan, Dr. Muhyiddin Ghazi – India, Syeikh Muhammad al-Hasan bin ad-Dadu – Mauritania, Syeikh Wasfy ‘Asyur Abu Zaid – Mesir, Dr. Ahmad Abu Bakar Jumi – Nigeria, Dr. Abdul Hayyi Yusuf – Sudan, Dr. Abdul Wahhab ad-Dailamy – Yaman, Dr. Umar Abdul Aziz – Mesir, Syeikh Khalid Saifullah ar-Rahmany – India, Syeikh Amin al-Uthmany – India, Dr. Muhammad Abdul Maqsud – Mesir, Dr. Abdul Sattar Fathullah Sa’eid – Mesir, Dr. Yahya Ismail – Mesir, Dr. Ali as-Solaby – Libya, Dr. Ahmad ar-Risuni – Maghribi, dan ramai lagi….

Dipetik dari http://zaadut-taqwa.blogspot.com

Comments (0)

Memorandum: Condemnation of Israeli Raid On Aid Flotilla To Gaza

Posted on 01 June 2010 by admin

MEMORANDUM

CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA

Tuesday 1st June 2010

We, a coalition of civil society representing the voice of the Malaysian people is utterly shocked and outraged at the blatant disregard of human lives by Israel in the recent murderous raid on the aid flotilla bound for Gaza.

The Lifeline4Gaza (LL4G) flotilla has come under attack by the Israeli armed forces in the early morning hours of 31st Mei. The Israeli aggressors boarded the capital ship Mavi Marmara and opened fire on volunteers on the deck, leaving at least 16 people dead and another 50 seriously injured. Close to 600 volunteers, whose participation is solely humanitarian in nature were on board the ship when the tragedy unfolded.

Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla’s observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes:

a)            An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.

b)            Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid.

c)            Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza.

The volunteer corps included in their ranks parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. They were completely unarmed which reflects their sole intention of delivering aid to the besieged people of Gaza.

The fact that this raid took place on unarmed civilians and in international waters is all the more grievous and criminal. There is not a slightest doubt that Israel has violated international laws and her ghastly acts deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

We therefore call on the US Government to state her position on the murderous aggression of Israel on a peaceful flotilla whose entire objective is to deliver desperately needed aid to Gaza. These include:

a)            Condemnation in the strongest possible term the aggression by Israel on the Freedom Flotilla.

b)            Holding the Israeli government totally responsible for the lives and well being of all volunteers on board the Freedom Flotilla.

c)            Demanding the immediate release of all the volunteers and urgent medical care be given to the injured.

d)            Demanding that all the aid destined for Gaza be released with immediate effect.

e)            Assuring the safety of all volunteers on board the Freedom Flotilla in their effort to champion the Palestinian cause towards freedom, justice and self determination.

HALUAN
MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY
AQSA SYARIF
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE)
YAYASAN AMAL
PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA
VIVA PALESTINA MALAYSIA
DEWAN PEMUDA MASJID
ANGKATAN BELIA MALAYSIA
GLOBAL PEACE MALAYSIA

Comments (0)

Footage Serangan Rejim Zionis Terhadap Krew Kapal LL4G.

Posted on 31 May 2010 by admin

Dipetik dari http://palestinkini.info/

Comments (0)

Amanat: Andainya Kami Tiada, Teruskan Perjuangan Ini

Posted on 31 May 2010 by admin

Ketua Misi Hj Norazman

Ir Dr Selamat Aliman bergerak ke raung berlepas

anggota misi LL4G

Wawancara bersama Malaysiaharmoni dan JIMedia

Keluarga yg ditinggalkan

Bersama aktivis JIM

Bersama JIM Perak

Yang menghantar


Yang mendoakan

Hj Nahar Mohd Noor berucap bagi pihak JIM

Ust Abdullah Sabri dari Haluan berpesan “sebaik-baikbekalan ialah taqwa”

Wakil dari Yayasan Amal


Aktivis Wanita JIM

Aktivis Wanita Haluan dan keluarga ahli MISI Haluan


Pn Noorazian (PACE) berucap mewakili VPM

Ustazah Maznah berucap bagi pihak Pertubuhan al-Mawaddah “Kitabukanlah pendukung atau penyokong tetapi sebaliknyakita bersama-sama dengan perjuangan ini” ujar beliau

Ucapan dari wakil isteri anggota misi “kita adalah golonganyang terpilih”

Posted by lifeline4gaza on 16 May 2010

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti. Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan. Peserta konvoi dipilih dan disaring oleh penganjur utama projek, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang berpusat di Turki. Seramai 6 orang sukarelawan dan 4 orang wakil media dari Malaysia akan menyertai konvoi kapal antarabangsa bersama-sama dengan lebih daripada 600 orang peserta dari puluhan negara.

“Saya bagi pihak peserta yang lain menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada apa-apa kesalahan, kesilapan yang dilakukan sebelum ini.Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami, bantulah keluarga kami.”

“Semoga Allah terima semua amalan kita.”

“Ya Allah! Kuatkanlah hati-hati kami atas jalanMU.”

Beliau juga meninggalkan pesan kepada seluruh warga yang prihatin dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin agar terus berjuang tanpa henti. Begitu juga kepada semua yang cakna dengan masa depan umat agar mempertingkatkan usaha dakwah kepada masyarakat dan memantapkan usaha tarbiyah bermula dengan diri dan ahli keluarga dan seterusnya anggota masyarakat.

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

“Jangan biarkan darah yang gugur di bumi Al-Aqsa menjadi hujah menentang kita di hadapan Allah atas kelalaian, kemalasan dan kejumudan amalan-amalan kita.”

“Ya Allah! Bantulah kami”

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijangka akan bertolak dari Istanbul ke Antolia (Antalya) pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian. -ihhh

Source: Lifeline4Gaza

Comments (0)

LL4G: Kenyataan Media (31 Mei 2010)

Posted on 31 May 2010 by admin

KENYATAAN MEDIA

Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Comments (0)

GAZA Freedom Flotilla (terkini sehingga jam 6 pagi)

Posted on 31 May 2010 by admin

Terkini 31 Mei 2010, jam 06.00

Laporan dari Al-Jazeera menyatakan tentera Israel telah menyerang Konvoi Kemanusian Freedom Flotilla. Maklumat menunjukkan terdapat kematian dan kecederaan dikalangan aktivis kemanusiaan. Friend of Al-Aqsa akan mengadakan himpunan aman tergempar menyatakan sokongan kepada aktivis yang sedang diserang. Dapatkan berita terkini daripada laman web Friends of Al Aqsa.

Berita Asal

Armada yang terdiri daripada 9 buah kapal, yang membawa lebih daripada 10 ribu tan bantuan kemanusiaan dan lebih dari 700 aktivis pro-Palestin, diharapkan tiba di Gaza pada hari Ahad 30 Mei 2010, jika ia berjaya menerobos kepungan tentera bersenjata Israel di perairan Cyprus. Usaha ini dicetuskan oleh pertubuhan kemanusiaan Turki Insani Yardim Vakfi

Kerajaan Israel telah bersumpah untuk menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan itu dengan alasan bahawa tiada sebarang krisis kemanusiaan di Gaza menurut Ketua Akhbar Asing Israel, Avital Leibovich. “Kami mengizinkan kemasukan beratus ribu tan bantuan kemanusian ke Gaza setiap minggu berdasarkan kepada keperluan penduduk Gaza, yakni makanan, ubatan, dan barangan elektrik. Kami menjaga kebajikan penduduk Gaza dengan member segala bantuan kemanusiaan termasuk 9 ribu tan bahan-bahan binaan untuk pembinaan semula Bandar Gaza,” lapor Avital di satu sidang akhbar untuk menentang misi pengahantaran bantuan kemanusiaan melalui laut itu.

Namun mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak penganjur misi tersebut, selama lebih 4 tahun, Israel telah mengetatkan sekatan dan kepungan ke atas Gaza menyebabkan krisis kemanusiaan bertambah parah, bertentangan seperti apa yang dilaporkan oleh pihak media Israel. Maka dengan itu, pihak penganjur mangambil inisiatif untuk menghantar bantuan kemanusiaan secara terus kepada penduduk Gaza melalui laut berbentuk bahan-bahan pembinaan, ubat-ubatan, peralatan pergigian dan coklat untuk kanak-kanak Gaza.

Kepungan Israel di Gaza telah lama bermula sejak Hamas mengambil alih pemerintahan daripada Fatah di Gaza. Hampir kesemua urusan import dan eksport diharamkan di Gaza dan bantuan kemanusiaan yang masuk ke dalam Gaza teramatlah terhad yakni 15 ribu tan seminggu. PBB telah menyatakan bahawa jumlah ini adalah kurang daripada satu perempat daripada jumlah sebenar yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Tentera laut Israel juga menutup perairan Gaza sepanjang 23 batu yang member impak yang besar kepada industri perikanan penduduk Gaza. Mereka juga bersumpah untuk menghalang menggunakan segala kekuatan dan kekuasaan yang mereka peroleh untuk menyekat kemasukan armada tersebut ke tanah Gaza.

Apa yang menghairankan di sini ialah di sebalik penyekatan Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu serta ancamannya, mengapa berita mengenai misi suci ini tidak dihebahkan dengan meluas dalam kalangan saluran media ternama? Setelah melihat beberapa halaman-halaman berita terkemuka di UK malam tadi (termasuk BBC News, The Times, dan The Guardian), agak sukar untuk mencari rujukan untuk misi ini kecuali jika anda benar-benar mencari perkataan flotilla atau Gaza. Namun mujurlah perkembangan di atas kapal dapat diikuti secara live di laman www.livestream.com

The Jerusalem menerbitkan sebuah rencana mendakwa bahawa unsur-unsur dasar daripada kempen yang dicanangkan oleh media Israel adalah untuk menekankan bahawa bekalan yang dibawa oleh kapal-kapal tersebut adalah tidak penting dan tidak diperlukan dengan alasan Israel telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi antarabangsa yang lain, telah menyalurkan bantuan kemanusiaan yang sama kepada penduduk Gaza melalui jalan darat. Menteri Luar Israel, Yigal Palmor menyatakan bahawa bantuan yang disampaikan melalui sempadan darat Gaza adalah lebih daripada cukup untuk keperluan penduduk Gaza, yakni 15 ribu tan bekalan dimasukkan melalui sempadan darat Gaza setiap minggu. Namun UN melaporkan bahawa sumber mata pencarian dan kehidupan orang yang tinggal di Gaza telah dihancurkan dan kebanyakan bangunan dan infrastruktur yang rosak dalam serangan Israel di Gaza tahun 2008 lalu masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Sehingga jam 11pm tadi, armada yang sedang berlayar di perairan antarabangsa yakni bukan dibawah kekuasaan Israel, telah dikepung oleh 4 buah kapal perang Israel. Sekali lagi Israel telah menyalahi undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah dengan mengancam untuk menghentikannya daripada mencapai tujuan misi yakni menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza. Kesemua baki kapal konvoi yang tinggal telah bersepakat untuk membentuk formasi tertentu demi menghalang kemasukan Israel ke atas kapal. Kapten-kapten kapal juga telah nekad untuk meneruskan perjalanan ke Gaza tanpa sebarang pengunduran. Namun arah perjalanan terpaksa di ubah sedikit kea rah barat untuk menjauhi kapal konvoi daripada memasuki zon tentera laut Israel. Sebarang perubahan arah perjalanan konvoi selepas itu mestilah mendapat persetujuan daripada kesemua kapten kapal.

Pukul 3pagi waktu Istanbul, dikatakan seramai 5000 orang aktivis membuat protes di hadapan kedutaan Israel di Turki membantah sekatan Israel ke atas kapal konvoi. Protes secara aman juga bakal diadakan di seluruh dunia bagi membantah tindakan Israel tersebut. Antaranya protes di London dan Dublin yang bakal diadakan esok(31mei). Dijangkakan juga protes akan diadakan diseluruh dunia jika Israel masih enggan menarik semula tindakannya menyekat konvoi tersebut.

Saat tulisan ini dikarang, kapal Israel masih lagi kelihatan mengekori rombongan konvoi. Alhamdulillah, kebanyakan peserta konvoi telah selamat menunaikan solat subuh secara berjemaah dan masing-masing bersedia menghadapi sebarang kemungkinan tindakan yang diambil oleh Israel ke atas mereka. Marilah kita sama-sama berdoa agar rombongan konvoi ini dapat mencapai matlamatnya, inshaallah.

Let us pray for Gaza Freedom Flotilla!!!

untuk berita terkini, sila klik sini

sumber rujukan:

www.aqsa.org.uk

www.witnessgaza.com

http://english.aljazeera.net

Comments (0)

Video MSM

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930