Archive | Aktiviti

Newsletter Nur Ramadhan Edisi Ketiga

Posted on 29 August 2010 by admin

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, MSM Sheffield telah menerbitkan Nur Ramadhan edisi ke-3. Boleh layari di URL di bawah:


http://msmsheffield.files.wordpress.com/2010/08/nur-ramadan-issue-31.pdf

nurramadhan3

Selamat membaca dan semoga bermanfaat. Jangan lupa sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Comments (0)

Kemaskini kutipan Misi Kasih Pakistan… 25/8/2010 Rabu

Posted on 28 August 2010 by admin

Dipetik dari http://msmsheffield.wordpress.com

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kutipan derma bagi projek “MISI KASIH PAKISTAN : Pakistan Floods Appeal” kini masuk hari kesebelas dan telah mencatat kutipan mencecah £763.81. Terima kasih diucapkan kepada yang telah menghulurkan bantuan. Marilah kita terus sama-sama menyumbang dan membantu meringankan beban saudara-saudara kita di Pakistan. Kutipan derma akan berlangsung sehingga 1 Syawal, Insyaallah.

Banjir tercetus akibat hujan lebat menenggelamkan kawasan tadahan Sungai Indus dan mengorbankan 1,600 orang, memaksa dua juta orang berpindah dan menjejaskan kehidupan 14 juta penduduk (Berita Harian)

“Penyakit cirit-birit semakin meningkat namun kami mempunyai capaian terhad di sesetengah kawasan. Laluan sukar menghalang kami merawat kes terbabit,” (Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO))

An estimated six million children are at risk of malnutrition, diarrhoea and pneumonia as unprecedented super-floods inundate Pakistan. “Children are drinking, washing in and going to the toilet in the same river water. If this sanitation crisis is not tackled now, in six months time, millions and millions of children will be suffering potentially deadly diarrhoea and other diseases” (Disaster Emergancy Committee)

Bagaimana setiap pound yang disumbangkan dapat membantu?

  • £ 15 dapat menyumbangkan 6 helai selimut untuk mereka yang tiada tempat kediaman selepas banjir.
  • £ 30 dapat membantu memberi imunisasi kepada 30 orang kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.
  • £ 40 dapat menyumbangkan 16 kelambu nyamuk (mosquito nets) untuk mengelakkan mangsa banjir daripada mendapat penyakit.
  • £ 50 dapat membekalkan 5 keluarga bekalan air minuman bersih.
  • £100 boleh membeli peralatan dapur untuk 6 buah keluarga yang hilang segalanya ketika banjir.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

  • Nama : MISS ZULFA H B ASHAARI
  • Account Number :2 4 1 9 4 0 6 9
  • Sort Code : 60-19-07
  • Bank: Natwest
  • References : MSM Pakistan Floods Appeal

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Pakistan. Mari kita mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

Wallahu’alam.

Sekian, Wassalam.

Zulfa Hanan Ashaari
Pengarah Projek
Misi Kasih Pakistan : Pakistan Floods Appeal,
CPO Sheffield,
3rd year Ph.D. Student,
Department of Geography,
University of Sheffield,
Winter Street, Sheffield S10 2TN
Email : hazely85@yahoo.com/ Z.Ashaari@sheffield.ac.uk
http://msmsheffield.wordpress.com/

Comments (0)

Newsletter Sempena Ramadhan

Posted on 18 August 2010 by admin

Alhamdulillah, MSM Sheffield dan MSM NESS telah menerbitkan newsletter Ramadhan 1431H.

Sila dapatkan di pautan di bawah dan sebarkan kepada rakan-rakan kita.

Newsletter Nur Ramadhan 1431H (MSM Sheffield) - issue 1

Newsletter Nur Ramadhan 1431H (MSM Sheffield) - issue 2

Leaflet Ramadhan 1431H MSM NESS - 1

Leaflet Ramadhan 1431H MSM NESS - 2

Semoga bermanfaat.

Selamat menjalani ibadah puasa dan berbuka.

Comments (0)

Jom ke JOM 2010!!

Posted on 08 July 2010 by admin

Bismillah ar Rahman ar Raheem..

Majlis Syura Muslimun UK dan Ireland proudly presents:

JOM! Kita bersedia

Anda semua adalah pelajar yang akan ke UK & Eire?

Masih samar-samar mengenai kehidupan yang bakal anda hadapi?

Ibu bapa anda risau mengenai keadaan anda nanti?

Keliru untuk memilih program predeparture?

ANDALAH ORANG YANG KAMI CARI!!


Kami mewakili pihak Majlis Syura Muslimun UK/Eire (satu persatuan yang berdaftar dengan Malaysia Student Department, MSD) berbesar hati menjemput anda menghadiri predeparture kami buat julung-julung kalinya yang akan diadakan pada 26 Julai – 28 Julai 2010 di Lembah Klang.

Apa beza kami dengan program predep lain?

  • Kami mempunyai wakil dari setiap universiti major di UK/Eire
  • Program ini santai, bermaksud tiada aktiviti formal. Jiwa remaja perlukan santai dan kami remaja memahami perasaan remaja.
  • Mengumpulkan pelajar dari banyak kolej persediaan

Program ini adalah percuma!

Tiada masa untuk kami berlawak.

Kami serius, program ini adalah percuma!

Tempat adalah terhad! Apa tunggu lagi?

JOM Daftar segera di http://www.journey- of-a- muslim.com/

Jumpa anda semua di sana! =)


Comments (0)

Jom ke PERKEMAS 2010

Posted on 08 July 2010 by admin

perkemas2010

Comments (0)

MKP di Loughborough Berinformasi dan Meriah

Posted on 20 May 2010 by admin

LOUGHBOROUGH, 15 Mei 2010 – Alhamdulillah, bertempat di St. Peters Community Center, Storer Road, Loughborough berlangsungnya Misi Kasih Palestin edisi Loughborough. Alhamdulillah program yang bermula dari pukul 6.00 petang hingga ke 10.00 malam menghimpunkan seramai lebih kurang 140 orang hadirin yang majoritinya adalah masyarakat melayu Loughborough dan yang lain daripada komuniti Islam di Loughborough.

Program anjuran bersama MSM Loughborough, Masyarakat Melayu Loughborough (MML) dan juga Loughborough Student Malaysia Society (LSMS) merupakan yang julung kali diadakan. Progam ini juga dipromosikan bersama oleh Loughborough University Islamic Society (LSUIS).

Selain daripada ceramah umum, gerai amal yang menyajikan makanan tradisional melayu dan arab hasil usahasama oleh Usrah Helwa MML, komuniti MML dan komuniti Islam Loughborough turut menjadi daya tarikan. Jualan Carboot amal dan gerai Viva Palestina bersempena MKP Loughborough turut diadadakan.

Program yang dipengerusikan oleh saudara Zainal Abidin, dimulakan dengan bacaan ayat suci Al–Quran dari Surah Al-Isra’ : 1 dan disusuli dengan klip video mengenai isu Palestin.

Dengan tema “From Jurusalem to Mecca” Ustaz Maszlee Malik dari Durham memulakan ceramah beliau mengenai isu Palestin dan juga berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman beliau sewaktu lawatan beliau di kem-kem pelarian di Lebanon.

Sebelum hadirin menjamu selera dan membeli belah sambil menderma untuk tabung MKP, hadirin telah diberi taklimat ringkas mengenai Misi Kasih Palestin oleh Pengarah Program iaitu saudara Khairul Rahil yang juga wakil MKP di Loughborough.

Terima kasih diucapkan kepada semua individu-individu yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.

Berikut adalah perincian pendapatan, perbelajaan dan jumlah kutipan yang berjaya di pungut semasa MKP Loughborough.

a) Pendapatan
Sumbangan (duit) sebelum hari program: ₤245
Hasil jualan (makanan&car boot) + Sumbangan duit semasa hari program: ₤1,301
Hasil jualan barang-barang Viva Palestin: £52.5
Sumbangan selepas program: £8
Jumlah pendapatan: ₤1,598.5

b) Perbelanjaan
Sewa dewan: ₤88
Berkaitan makanan: ₤40
Kos Goodies Bags: ₤15
Saguhati: ₤80
Jumlah perbelanjaan: ₤223

c) Jumlah keuntungan utk MKP: ₤ 1,383.50

Bayaran sewa dewan telah ditampung oleh KAFA, MML . Bagi tujuan penyediaan makanan untuk dijual, bahan-bahan mentah seperti sayuran, ayam, daging, ikan bilis, tepung, santan dan lain-lain telah diperolehi dari pelbagai individu. Selain dari itu, sumbangan tenaga, wang tunai dan barang-barang terpakai juga telah diperolehi dari pelbagai pihak. Dianggarkan hampir 90% modal untuk menyediakan barang-barang jualan (iaitu makanan dan ‘car boot items’) adalah sumbangan dari pelbagai pihak.

Secara keseluruhannya, program MKP Loughborough ini telah berlangsung dengan baik. Ia bukan sahaja mencapai objektif utama iaitu mengumpul dana bagi tabung MKP, malah telah dapat merapatkan ukhuwah sesama ahli usrah Helwa serta masyarakat umumnya. Semoga usaha ini diterima Allah swt dan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Disediakan oleh:
Mohd Khairul Rahil Idris

mkpl01

mkpl02

mkpl03

mkpl04

mkpl05

mkpl06

mkpl07

Comments (0)

Palestine Mercy Mission @ LOUGHBOROUGH

Posted on 10 May 2010 by admin


Salam’alaykum

Brothers and sisters are invited to Palestine Mercy Mission event which will be held on 15th May 2010 at St. Peter Community Centre, Storer Road LE115EQ.

There will be a talk by Ustaz Maszlee Malik entitled ‘Jerusalem to Makkah’. The speaker is an activist Palestine and the author of Tears of Gaza and Kembara Beirut.

There are also Malaysian Food Stall and Mini Car Boot Sale! All fund raising will be given to Palestine Mercy Mission.

Come and support our brothers and sister in Palestine. They need our help. May Allah grant us with Jannah.

Ameen.

mkpatloughborough1

Comments (0)

Riadah Jama’ie di Clumber Park Worksop

Posted on 07 May 2010 by admin

Alhamdulillah, dengan rasa rendah diri dan syukur kepada Allah Taala di atas kebesaran dan kasih sayangnya, program Riadah Jama’ie Ikhwah dan Akhawat MSM Sheffield telah berjaya diadakan di Clumber Park, Worksop Nottinghamshire pada 1 May 2010 Sabtu. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan semua peserta mula berkumpul di hadapan Kedai Sewa Basikal dan melakukan senaman ringan di kawasan parking yang berdekatan.

Kehadiran seramai 17 orang ikhwah dan 15 orang akhawat telah memecah kesunyian Clumber Park diawal pagi di mana sang suria masih malu-malu untuk “menjelmakan’ diri. Kehadiran ikhwah dan akhawat telah disambut riang oleh kicauan unggas-unggas alam yang tidak pernah merungut sama sekali kepada yang maha pencipta untuk keluar mencari sesuap rezeki. Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar, semuga sang unggas dan tumbuh-tumbahan ini mendoakan kesejahteraan untuk kami semua supaya menjadi hamba Allah yang bersyukur ke atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah sebagai Rabb yang telah memberikan rezeki dan nikmat yang amat besar.

Perjalanan berbasikal dengan melalui route 3 sejauh 8 miles amatlah mencabar stamina masing-masing yang selama ini hanya ‘disimpan’ dik kerana musim dingin yang panjang. Maha suci Allah,namun, kudrat empat kerat yang selama ini ‘dijaga’ dengan baik telah digunakan untuk menikmati keagungan ciptaan Allah yang paling berkuasa di atas penciptaan alam semesta ini.

Maha suci Allah, pemandangan yang cukup menarik sepanjang laluan berbasikal seperti pemandangan tasik, hutan dara, hutan Pine, belukar kecil, bukit dan cerun-cerun, ladang kentang, ladang kuda dan kambing, sungai dan kawasan balak dan lain-lain telah menenangkan hati dan fikiran peserta semua kerana mereka ‘menyapa’ ketibaan kami. Ahlan wasahlan, marhaban bikum….

Membakar BBQ (ayam, sosej, daging kambing, daging lembu dan burger), nasi goreng, kari ayam dan nasi putih  merupakan aktiviti senaman perut yang pastinya tidak dapat dielakkan oleh semua peserta. Ayuh!, semua dikehendaki terlibat dan mengambil ‘peranan’ dan ‘tanggungjawab’ masing-masing. Perut mesti ‘berstamina’ dan bergaya… Mesti habiskan ya… Sedap sehingga menjilat jari… recover!, recover!… Allahu akhbar!, siapa sangka, ‘menangis’ makanan ini dan bersyukur mereka kepada Allah Taala kerana dapat berkhidmat kepada hamba Allah ini, Alhamdulillah….

Semua peserta melaksanakan solat jamak di atas padang dan terasa bahawa ubudiyyah ini memang layak disembahkan kepada Allah sebagai pengatur alam dan pencipta makhluk yang bergelar insan.

Akhirnya, pengisian tazkeerah… Yang pertama, tentang perlunya diperbetulkan niat tentang kehadiran kita semua ke sini, keduanya tentang nilaian ukhuwwah sesama kita untuk melahirkan mahabbah dan rahmah dan ketiga tentang perlunya banyak beristigfar kepada Allah yang maha Esa sebagai neraca hidup kita di atas muka bumi ini. Semuga bermanafaat untuk muhasabah diri.

Program ini berakhir pada jam 4 petang dan bersurai…

Insyaallah ketemu di program riadah yang akan datang… semoga Allah memberkati kita semua…

Subhanallah, Alhamdulillah wallahu Akhbar.

Sekian.

Comments (0)

Tunas Taqwa di Leeds ‘Best’

Posted on 04 May 2010 by admin

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lalu, bersamaan 1 Mei 2010 telah berjaya dijalankan program Tunas Taqwa buat kali keduanya oleh MSM di Green Room, University of Leeds. Program yang pertama telah diadakan pada dua tahun yang lalu, di mana sambutan dari masyarakat Leeds begitu menggalakkan. Oleh itu, MSM dengan berbesar hati mengadakan program yang sama untuk tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah senaman pagi, sesi mengaji Al-Quran, sesi menghafal doa, belajar berwudhu’ dan solat, membuat origami, serta sesi menyanyi dan bercerita. Seperti biasalah, kalau dah kanak-kanak, bermacamlah ragam mereka. Perlu kita ingat, wajah-wajah comel inilah yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Oleh itu, kita lah yang perlu membentuk mereka menjadi acuan-acuan hebat itu :)

Beberapa gambar penghibur hati.. :)

ttl1

Ibu bapa menghantar anak-anak, dengan harapan yang tinggi buat kami. huhu

MSMSM

ttl2

sesi mengaji al-Quran

MSMSM

ttl3

Belajar solat. Eh Hasan, sujud macamane? huhu

MSMSM

ttl4
Alhamdulillahilladz i ahyaana ba’dama amatana wa ilaihinnusyuur. yes!!! dah hafal dh uncle!!! :)

MSMSM

ttl5

Beratur untuk mengambil jemput-jemput. Siapa paling senyap dapat makan banyak!

MSMSM

ttl6

Sing-along time! :D

MSMSM

ttl7

Hasil origami saya yang boleh terbang! - Hasan

MSMSM

ttl8

MSMSM

Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat dalam menjayakan program Tunas Taqwa ini. Semoga amalan yang sedikit ini mampu untuk menjadi pemberat timbangan kita di akhirat kelak. ameen.

Wassalam.

Comments (0)

SeSI 2010 - Memberi Input Bermakna

Posted on 04 May 2010 by admin

BIRMINGHAM, 24 April 2010 - Alhamdulillah, Seminar Sistem-sistem Islam (SeSI 2010) anjuran Majlis Syura Muslimun telah berjaya dijalankan di Muath Trust, Brodesley Centre, Birmingham. MSM telah menjadikan seminar ini sebagai satu inisiatif bagi menerangkan kepada masyarakat umum tentang hakikat kesyumulan Islam sebagai satu-satunya Ad-Deenul Haq bagi umat manusia.

Seramai lebih kurang 250 orang telah menghadiri seminar ini. Beberapa pakar dari bidang ekonomi dan politik telah dijemput bagi menyampaikan beberapa kertas kerja seperti ‘Islam dan Perlembagaan’, ‘Islam dan Good Governence’ dan ‘ Sistem Ekonomi: Barat vs Islam’ bagi menghuraikan bidang-bidang ini dari sudut kaca mata Islam. Antara pakar-pakar yang dijemput adalah Uztaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Mazlee Malik, Ustaz Jailani Abdul Ghani, Ustaz Mazrul Shahir Marzuki, Encik Afandi Saleh dan Encik Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali.

SeSI kali ini juga bertuah dengan kehadiran Tuan Haji Ahmad Shahir Makhtar, Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor yang turut memberikan input yang bermakna tentang zakat dan peranan Lembaga Zakat Selangor. Lembaga Zakat Selangor merupakan salah satu badan yang menjadi penaja kepada program SeSI yang julung-julung kali diadakan ini.

Moga isu-isu yang telah dibentangkan dapat memberi manfaat kepada semua. InshaAllah. Terima kasih kepada para penaja dan semua yang telah menjayakan SeSI 2010.

sesi2010_1

sesi2010_2

sesi2010_3

sesi2010_4

sesi2010_5

sesi2010_6

Comments (0)

Video MSM

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930