Archive | Terbaru

Tazkirah Ramadhan Sempena Nuzul Al-Quran

Posted on 28 August 2010 by admin

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita semua maklum bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah pada bulan Ramadan. Para ahli seerah menerangkan bahawa pada satu malam pada bulan Ramadan, ketika Nabi (saw) sedang bermunajat di gua Hira’ turun malaikat Jibrail menyuruh baginda membaca.

Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. (surah al-Alaq:1-4)

Rata-rata umat Islam maklum akan kisah penurunan wahyu pertama ini. Kita sering membaca ayat-ayat ini tetapi mungkin kita kurang memahami implikasinya yang mendalam. Kita kurang menyelami makna kepada wahyu pertama ini. Mungkin itu salah satu sebab, kita kurang mengambil endah kitab wahyu yang kini berada di dalam almari atau di atas rak mengumpul debu.

Menurut Sayyid Qutb dalam kitab Tafsirnya, Fi Zilal Quran, peristiwa penurunan wahyu pertama ini ini amat bermakna serta mempunyai implikasi dan kepentingan yang amat besar. Menurut beliau “ tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa peristiwa ini adalah peristiwa terbesar dalam sejarah kewujudan umat manusia!”.

Hakikat sebenar peristiwa ini ialah Allah (swt), Yang Maha Agung,Maha Perkasa dengan sifat pemurah dan rahmah-Nya, telah mengambil berat tentang makhluk-Nya yang bernama manusia yang menghuni setitik planet bernama bumi di pinggir cakrawala yang luas ini. Allah telah dengan rahmat-Nya lagi sekali dan bagi kali terakhir memilih salah seorang dari penghuni tersebut untuk menerima cahaya rabbani dan melantiknya menjadi pendokong kepada risalah-Nya.

Ini adalah peristiwa yang amat besar ertinya. Jika dibayangkan kekerdilan kita sebagai manusia dan kebesaran dan ketinggian Allah sebagai Pencipta dan Pemilik Alam Semesta, maka makin jelaslah bahawa keperihatinan Allah terhadap makhluk yang berada di ceruk terpencil di dalam cakarawala ini merupakan pancaran dari sifat Penyayang Allah.

Pada malam penurunan ayat-ayat awal surah al-Alaq ini, Allah membuat hubungan secara langsung dengan seorang manusia di bumi. Pada malam ini, Allah endah (mengambil berat) terhadap manusia. Pada malam ini, bumi disirami dengan kalimah Allah.

Peristiwa besar ini membawa perubahan yang besar kepada kehidupan manusia dan dunia. Ia menjadi titik tolak di mana manusia lagi sekali diseru kembali untuk melihat kepada Allah sebagai sumber hidayah; sumber peraturan kehidupan. Para sahabat Nabi (saw) tahu bahawa inilah sahaja tempat mereka mengambil sumber untuk setiap hukum, peraturan atau cara hidup yang mereka akan jalani. Dan perhubungan yang mulia ini berterusan sehingga 23 tahun.

Para sahabat memahami hakikat ini. Mereka jelas kedudukan dan keistimewaan yang mereka kecapi. Dan mereka tahu perhubungan dengan Yang Maha Tinggi ini berakhir dengan kewafatan Nabi (saw). Anas menceritakan bahawa Abu Bakar (ra) berkata kepada Umar (ra) selepas kewafatan Nabi (saw). “Marilah kita menziarahi Ummu Ayman (Pengasuh Nabi) seperti mana yang sering dibuat oleh Rasulullah (saw).”

Apabila mereka menemui Ummu Ayman, beliau menangis. Mereka berkata, “ Kenapa anda menangis sedang kan anda tahu bahawa berada di sisi Tuhan adalah lebih baik bagi Nabi?” . Beliau menjawab: “ Benar! Tetapi aku menangis kerana dengan kematian Baginda, wahyu dari langit kini tidak lagi turun!” Air mata berlinangan dan ketiga-tiga mereka pun menangis. (Hadis Riwayat Muslim)

Demikian kefahaman yang ada pada para sahabat tentang betapa bermaknanya wahyu Ilahi. Wahyu itu kini masih ada di tangan kita. Cuma sejauh manakah kita kini menghargai wahyu suci tersebut; membacanya, menyelami maksudnya dan menghayatinya dalam mengatur kehidupan kita di muka bumi ini.

Comments (0)

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Posted on 09 August 2010 by admin

ace

wallpaper-ramadhan-1431h

klik sini untuk mendapatkan newsletter Nur Ramadhan terbitan MSM Sheffield

Comments (0)

Jom ke PERKEMAS 2010

Posted on 08 July 2010 by admin

perkemas2010

Comments (0)

Footage Serangan Rejim Zionis Terhadap Krew Kapal LL4G.

Posted on 31 May 2010 by admin

Dipetik dari http://palestinkini.info/

Comments (0)

Mu’az Firdausi Fund Appeal

Posted on 21 May 2010 by admin

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Mu’az Firdausi bin Khairul Izham telah selamat dilahirkan pada 19 Mei 2010. Kelahiran bayi comel ini 3 bulan lebih awal daripada kelahiran normal (minggu ke-27). Bayi seberat 1kg ini kini mendapat penjagaan intensif di salah sebuah hospital di Czech Republic yang menelan belanja yang agak tinggi.  Bayi ini merupakan anak sulung kepada pasangan Khairul Izham dan isterinya.

Bagi meringankan beban akh Khairul Izham, pihak MSM UK & Eire melancarkan “Mu’az Firdausi Fund Appeal”. Segala perincian untuk membuat derma, boleh dilihat di dalam poster di bawah. Jom sama-sama memberikan sumbangan.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang perkembangan bayi comel ini, sila layari http://logamemas.wordpress.com

muaz

Comments (1)

Palestine Mercy Mission @ LOUGHBOROUGH

Posted on 10 May 2010 by admin


Salam’alaykum

Brothers and sisters are invited to Palestine Mercy Mission event which will be held on 15th May 2010 at St. Peter Community Centre, Storer Road LE115EQ.

There will be a talk by Ustaz Maszlee Malik entitled ‘Jerusalem to Makkah’. The speaker is an activist Palestine and the author of Tears of Gaza and Kembara Beirut.

There are also Malaysian Food Stall and Mini Car Boot Sale! All fund raising will be given to Palestine Mercy Mission.

Come and support our brothers and sister in Palestine. They need our help. May Allah grant us with Jannah.

Ameen.

mkpatloughborough1

Comments (0)

Jom ke Tunas Taqwa di Leeds

Posted on 26 April 2010 by admin

tunas-taqwa-leeds

Apakah itu Tunas Taqwa?

Tunas Taqwa merupakan satu program pendidikan Islam yang ditujukan kepada khas kepada masyarakat Malaysia yang menetap di UK yang berusia 4 hingga ke 12 tahun.

Di dalam program ini, para peserta akan diajar untuk:

a) Menunaikan solat
b) Menghafaz doa-doa pilihan
c) Mengambil wuduk
d) Membaca Al-Quran
e) Mengenali sirah-sirah Islam secara ringkas

Maklumat berkenaan program ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 May 2010 ( Sabtu)

Tempat: Green room

Aturcara:
8.30am - Kedatangan peserta
9.00am – Ucapan alu-aluan & taklimat program
9.30am – Bersenam & Ice breaking games
10.00am – Cara mengerjakan solat dan berwudu
10.45am – Mendengar cerita
11.15am – Belajar dan menghafal doa
11.45am - Rehat & Lunch
Solat Zohor beramai-ramai
Bacaan Al-Quran
2.00pm – Bernasyid
2.15pm – Pertandingan mewarna dan membuat origami
3.00pm – Sesi motivasi
3.15pm – Bersurai

Proses pendaftaran akan dibuka mulai hari ini 19hb April 2010 hingga 29 April 2010. Minta kerjasama daripada semua pihak untuk memberi butiran mengenai peserta ( Nama penuh dan umur) selewat-lewatnya pada 29hb April 2010 kepada:

Hazman Sabri- hazman1677@gmail. com (07595038482)
Faizal Zulkifli-pejai_ 0919@yahoo. com (07894470131)

Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi pemuda Islam yang lebih mengenali dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka insyaAllah. Firman Allah:

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya” ( Al-Furqan: 74-75)

Sekian, wassalam

Muhammad Hazman bin Mohd Sabri
Majlis Syura Muslimun Leeds

Comments (0)

Jom Pergi Charity Dinner MKPalestin!!!

Posted on 08 April 2010 by admin

Pada 24 April 2010 ini, Majlis Syura Muslimun (MSM) akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam Amal Palestin bertempat di Bordesley Centre, Birmingham. Majlis ini adalah salah satu usaha untuk menjana derma bagi rakyat Palestin disamping meningkatkan sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu ini. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian adalah dijemput hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis Makan Malam Amal ini nanti.
msmsmsm
Saksikan video ‘Pesanan seorang Ibu Palestin’ yang diharapkan dapat menaikkan lagi semangat kita untuk menghadiri Majlis Makan Malam Amal ini. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua hambaNya yang perihatin terhadap saudara-saudaranya.
msmsmsm

msmsmms

Untuk tempahan tiket, sila hubungi:
Abdul Rahman (Brother) rothman84@yahoo. com
Zulfa Hanan (Sister) hanan_zulfa@ yahoo.com
msmsmsms

** Memandangkan majlis akan tamat agak lewat, para tetamu boleh bermalam di Amanah Mosque yang terletak bersebelahan dengan venue majlis. Sumbangan kepada pihak masjid adalah sebanyak £2 per person.

msmsmsmsm

[misi+kasih2(2).jpg]

“ …Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari redha Allah. Dan apapun harta yang kamu infakkan, nescaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).
( Al-Baqarah, 272)

Comments (0)

Tabung Pemindahan Buah Pinggang Abdullah Abd Rahman

Posted on 22 March 2010 by admin

Pihak Majlis Syura Muslimun UK & Eire memohon dan menyeru terutamanya ahli MSM untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos rawatan ikhwah kita (akh Abdullah Abdul Rahman - merupakan ahli MSM di Manchester) yang menghadapi masalah buah pinggang.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Untuk UK:

Account Name: MSM Appeal

Sort Code: 40-31-17

Account No: 31458272

Ref: DERMA

Untuk Ireland:

Nama: Noor Azleen Ahmad Tarmizi
Acc no: 21850012
Sort code: 904018
Bank: Bank of Ireland

Sila tulis reference: Sumbangan Abdullah

Semoga Allah Taala merahmati dan mengganjari para penderma semua dan sama-sama kita doakan agar kesihatan Abdullah bertambah baik.


Disertakan juga latarbelakang pelancaran tabung ini.


aar

Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM215,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Abdullah di China pada bulan April 2010 ini.

Latar belakang Abdullah

Abdullah Abdul Rahman berusia 30 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan seorang jurutera di PETRONAS Fertilizer Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Manchester, UK. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)

Abdullah telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada Februari 2009. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.

Rawatan Sekarang

Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali  pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat  ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.

Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia

Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).

Mohon Sumbangan Anda

Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan  Abdullah menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.

Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Abdullah dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :

a. “bank in” terus ke akaun Maybank - a/c: 564490210905

b. Sumbangan atas nama : Abdullah bin Abdul Rahman

c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :

En. Abdul Rahman Hussein 012 – 2053484

Pn. Noriah Jusoh                               019 – 2692441

En. I.r. Abdul Aziz Omar                   016 – 6654212

Pn. Kerisisiah Mohd Daud               019 – 5769272

Pn. Dzilal Abdul Aziz             016 – 4101607

Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Dana terkumpul setakat 17 Mac 2010 : RM 5000

Comments (3)

Seminar Sistem-sistem Islam (SeSI) 2010

Posted on 16 March 2010 by admin

http://msmonline.net/seminar

MSMSMSMSMSMSMSMSMSM

Assalamualaikum wrt,

“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan
agamamu untukmu, dan
telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu,
dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu… ”

[QS. Al-Maa-idah: 3]

ski

Islam adalah merupakan ad-din yang syumul
dan merangkumi seluruh aspek kehidupan
seorang manusia.

Justeru sebagai seorang muslim,
memahami Islam dan prinsip-prinsipnya
dalam bidang politik/pentadbiran serta
kewangan adalah satu keperluan yang
perlu dititikberatkan.

Untuk itu, Majlis Syura Muslimum UK/Eire
mengambil inisiatif menganjurkan
satu seminar kefahaman Islam dengan moto
‘Islam di Malaysia – Sinopsis ke Arah Perubahan’.

InsyaAllah MSM akan mengadakan
satu seminar yang diharap dapat
mengupas prinsip-prinsip
asas sistem politik dan
pentadbiran dalam Islam
serta sistem ekonomi dalam
Islam serta melihat akan pengamalan
kedua-dua sistem tersebut
dalam konteks Malaysia..

Semoga kita dapat meluangkan
masa dan mencedok pengalaman
dan seberapa banyak ilmu
tokoh-tokoh
cendiakiawan Islam Melayu .

Pendaftaran dibuka kepada
seluruh rakyat Malaysia di UK/EIRE.

Maklumat lanjut seperti poster dibawah dan website
http://msmonline.net/seminar

Jazakumullah khairan kasira.

poster-small

Comments (0)

Video MSM

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930